@cakna.malaysia: TERKINI | 11 Ogos 2026 Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa 7 daripada 14 pelaburan bermasalah Tabung Haji (TH) mengalami kerugian 100 peratus, dengan keseluruhan kerugian dianggarkan hampir RM13 bilion. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, masalah berkenaan berpunca daripada salah laku kewangan dan pelaburan, termasuk keputusan yang dibuat oleh kepimpinan terdahulu. Antara kerugian terbesar membabitkan pelaburan Al-Rawda di Arab Saudi, apabila TH membayar 1.4 bilion Riyal atau sekitar RM1.5 bilion kepada orang tengah untuk memajak empat hotel di Madinah dan Mekah. Namun, bayaran sewa yang dijanjikan gagal dilunaskan, manakala laporan due diligence tidak lengkap dan jaminan bank yang diminta turut gagal disediakan. Menurut Amir Hamzah, lebih RM1.5 bilion wang umat Islam dipertaruhkan dalam urus niaga berkenaan tanpa cagaran bernilai. Sumber : YT/ Sidang Parlimen #pakatanharapan #perikatannasional #barisannasional #politikmalaysia #tabunghaji

Cakna Malaysia
Cakna Malaysia
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 11 August 2026 13:12:05 GMT
3368
44
3
9

Music

Download

Comments

gembolmari6
gembolmari :
ujsb bukan bungkus bentang penyata lah
2026-08-11 13:45:27
0
sulongbif2
Sulong Abu Samah :
berapa nilai yg rugi tu sekarang
2026-08-11 13:31:48
0
ramle.mohamat
rbm :
mereka lari kelusr...kerana kebenaran itu terlalu menyakitkan. ......begitulah apabila subahat harta2 ahmad albab....dah jadi darah daging
2026-08-11 13:45:34
0
To see more videos from user @cakna.malaysia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About