@utusansarawak: SERIAN: Sebanyak enam sekolah di kawasan Tebedu, di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian, ditutup sementara susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 akibat keadaan jerebu. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) memaklumkan penutupan itu dilaksanakan sebagai langkah pencegahan berdasarkan ketetapan dan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM), dengan mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah. Sehingga 10.30 pagi hari ini, enam sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijag membabitkan 51 murid dan 14 staf; SK Sungai Sameran (129 murid, 21 staf); SK Tepoi (42 murid, 15 staf); SK Entubuh (67 murid, 18 staf); SK Temong (205 murid, 21 staf) dan SK Tema (85 murid, 15 staf). Secara keseluruhan, penutupan itu melibatkan 579 murid dan 104 staf. JPNS turut menjelaskan bahawa pengetua dan guru besar tidak perlu menunggu arahan khusus daripada PPD atau JPNS untuk mengambil tindakan penutupan sekolah sekiranya bacaan IPU di kawasan atau daerah masing-masing melebihi 200. Selaras dengan Surat Siaran KPM Bil. 1 Tahun 2019 berkaitan langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid di sekolah dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal, sekolah yang berada di kawasan atau daerah dengan bacaan IPU melebihi 200 hendaklah ditutup serta-merta. #utusansarawak #beritatiktok #jerebu #sekolah #sarawak

Utusan Sarawak
Utusan Sarawak
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 12 August 2026 06:14:14 GMT
6180
159
2
29

Music

Download

Comments

ekumang_cr1708
EnduCherry KumangBlossom :
May God hv mercy on us🙏🏻
2026-08-12 10:18:34
2
darilynn.mikayla
mikayla dan marissa 🥴 :
H-harini😱
2026-08-12 12:27:22
0
To see more videos from user @utusansarawak, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About