@ohbulanofficial: Pempengaruh wanita, Nur Syakilla Natasya Sukri, 20, terlepas hukuman penjara selepas mengaku bersalah mempromosikan aktiviti jud* dalam talian. Mahkamah Majistret Marang memerintahkannya menjalani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM2,000. Mahkamah mengambil kira laporan sosial JKM serta fakta bahawa ia merupakan kesalahan pertama tertuduh. Hukuman itu diharap memberi peluang kedua kepadanya dan menjadi peringatan kepada pempengaruh lain supaya tidak terpedaya dengan tawaran lumayan untuk mempromosikan aktiviti jud*. Sumber: Harian Metro #ohbulan #kinitrending P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!