@berita.ks: KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi secara rasmi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kapit pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu bagaimanapun menegaskan bahawa langkah tersebut bukanlah bermaksud beliau bersara dari pentas politik, sebaliknya mahu beralih platform ke peringkat negeri. Sehubungan itu, beliau merancang untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang dicadangkan iaitu Melekun, sekiranya ia sempat diwartakan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. "Saya rasa, saya telah berkhidmat di Parlimen selama enam penggal, yang bagi saya sudah cukup lama dan saya sudah melakukan yang terbaik," jelasnya berhubung keputusan pengunduran tersebut. Menyifatkan keputusannya sebagai tanggungjawab seorang pemimpin untuk memberi laluan, beliau yakin sudah ada barisan pelapis muda yang dibimbingnya bersedia serta berkemampuan untuk mengambil alih tugas di Parlimen. "Jadi, sekiranya ada kawasan DUN baharu, saya berharap ia diwujudkan iaitu Melekun, tetapi kalau tidak, tidak mengapa kerana saya masih mempunyai pilihan lain," katanya lagi. Sebagai rekod, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini pernah menyatakan bahawa kedudukan pencalonan Alexander bagi menghadapi PRN Sarawak masih belum dibincangkan oleh kepimpinan tertinggi parti. Kredit foto: ANL Media #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 12 August 2026 11:04:53 GMT
19433
186
13
10

Music

Download

Comments

user5571329192718
127 :
Tip to take over from Ugah?
2026-08-12 12:24:49
0
lumi_ere05
lumi_ere :
Dia pegi as Premier Sarawak. Then Abg Jo as PM-11.🤭🤭🤭
2026-08-12 11:13:06
4
mdnaimul6308
Md Naimul :
sorry I no ok ✍️✍️0
2026-08-12 15:08:33
0
nograss123
lazarus :
bakal Primier lah...
2026-08-12 11:54:17
1
m.fauzri
M.Fauzri :
Bagilah orang muda pula
2026-08-12 12:35:30
1
usindangeh
usindangeh :
🙏 Yes ❤️
2026-08-13 00:37:53
0
remy64210
Remy :
2026-08-12 12:15:01
0
chard4284
chard :
Cukuplah bagi kat muda lagi
2026-08-12 14:01:17
0
sunshinme7
Goldiss :
Dua kali duit pencen
2026-08-12 12:28:49
0
mdnaimul6308
Md Naimul :
awa 🇵🇱👌
2026-08-12 15:09:04
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About