@eddy_lase: Dulu mak yang berpesan… “Belajar betul-betul. Nanti dapat kerja bagus.” Hari ini, segala yang mak doakan sudah Allah berikan. Anaknya berjaya. Belajar tinggi. Bekerja jauh. Membina keluarga sendiri. Mak bangga… Namun di sebalik doa yang dimakbulkan itu, rumahnya semakin sunyi. Kadang-kadang mak bukan mahu duit kita. Bukan juga hadiah yang mahal. Mak cuma mahu mendengar suara kita. Melihat kita pulang. Dan memeluk anak yang pernah menjadi seluruh dunianya. Kejarlah kejayaan sejauh mana pun… Tetapi jangan sampai ibu bapa hanya mengenali kehidupan kita melalui gambar. Selagi mereka masih ada.. telefonlah, pulanglah dan peluklah mereka. Jangan tunggu kita teringat jalan balik… ketika rumah itu sudah kehilangan orang yang menunggu. #education #JanganLupaJalanBalik #CikguEddyWorld #KasihiIbuBapa #parenting