Aireen natasya :
Di hari Jumaat yang mulia ini, ya Allah, aku menadah tangan dan memohon kepada-Mu dengan penuh harapan.Ya Allah, limpahkanlah rezeki yang halal, luas, melimpah dan penuh keberkatan buat mama aku dan seluruh keluargaku. Permudahkanlah segala urusan jualan mama aku, laris manislah jualannya, datangkanlah pelanggan yang ramai dan kurniakanlah keuntungan yang baik serta halal.Ya Allah, bukakanlah pintu-pintu rezeki dari segala arah yang tidak kami sangka-sangka. Cukupkanlah keperluan kami, permudahkanlah kehidupan kami dan jauhkanlah kami daripada kesempitan serta kesusahan.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada orang-orang yang berniat jahat, yang dengki, iri hati, hasad dan tidak senang melihat kebahagiaan kami. Lindungilah mama aku dan keluargaku daripada segala fitnah, kejahatan dan perkara yang tidak baik. Jadikanlah Engkau sebaik-baik pelindung untuk kami.Ya Allah, pada hari Jumaat yang mulia ini, aku memohon kepada-Mu, kabulkanlah doa-doaku. Jika rezeki itu baik untuk kami, dekatkanlah dan mudahkanlah. Jika ada halangan, permudahkanlah jalannya. Berkatilah setiap usaha mama aku dan keluargaku.Ya Allah, janganlah Engkau pulangkan tangan kami dengan kehampaan. Kurniakanlah kami rezeki yang luas, hati yang tenang, keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik dan kehidupan yang sentiasa berada dalam rahmat-Mu.Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. Ya Allah, kabulkanlah doa kami pada Jumaat yang penuh keberkatan ini.
2026-08-13 23:20:20