@baituzzahro26: 🌙 Ahlan Wa Sahlan Ya Rabiulawal 🤍 Telah datang bulan yang di dalamnya lahir insan paling kita cintai, Nabi Muhammad ﷺ. Jangan biarkan Rabiulawal berlalu begitu sahaja. Hidupkan rumah-rumah kita dengan Maulid, zikir dan selawat. Ceritakan kepada anak-anak dan keluarga tentang Rasulullah ﷺ. Biarlah setiap ruang di rumah kita dipenuhi dengan ingatan kepada Allah dan kerinduan kepada Kekasih-Nya ﷺ. Kerana rumah yang hidup dengan zikir dan selawat adalah rumah yang kita harapkan dipenuhi cahaya, rahmat dan keberkatan Allah. 🤍 Mari jadikan Rabiulawal ini bukan sekadar bulan yang kita sambut, tetapi bulan untuk memperbaharui cinta dan kerinduan kepada Rasulullah ﷺ. اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ Selamat datang, wahai bulan penuh cinta. أَهْلًا وَسَهْلًا يَا رَبِيعَ الْأَوَّلِ 🌹 #rabiulawal #maulidnabi #MahabbahRasulullah #selawat #majlismaulid