@abang.anje.1447: Sekarang propaganda yang sedang dimainkan BERNAMA dan media tempatan (sebelah kiri) ialah bekas pengerusi dan pengurusan tertinggi Tabung Haji sedang disiasat berhubung “unexplained wealth”. Bunyinya seolah-olah rasuah besar sudah terbukti. Tetapi “unexplained wealth” ini berkait dengan kuasa pengisytiharan aset di bawah Seksyen 36 Akta SPRM. Pertuduhan bawah Seksyen ini agak subjektif. Seksyen ini membolehkan SPRM meminta seseorang mengisytiharkan aset dan memberi penjelasan mengenainya. Kegagalan mematuhi notis atau membuat pengisytiharan seperti dikehendaki boleh menjadi kesalahan tersendiri. Gagal mengisytiharkan aset ≠ terbukti menerima rasuah. Allahyarham Tun Daim dan isterinya juga didakwa di bawah Seksyen 36(2) kerana didakwa gagal mengisytiharkan aset tertentu. Sekarang Ismail Sabri juga dilapor berdepan kes berkaitan pengisytiharan aset. SPRM sebelum ini mengesahkan pengisytiharan aset beliau dibuat di bawah Seksyen 36(1), dan pada Ogos 2026 beliau dijadualkan didakwa dalam kes yang dipercayai berkaitan pengisytiharan aset tersebut. Nampaknya Ismail Sabri bukan didakwa sebab sakau RM170 juta seperti sedang dimainkan oleh media. Sebab itu dalam kes Tabung Haji saya tanya soalan yang sama. Selepas lapan tahun audit, laporan polis, siasatan SPRM, RCI dan 14 audit forensik, adakah kerajaan sudah mempunyai bukti transaksi rasuah sebenar? Siapa bayar siapa? Berapa jumlah rasuah? Duit masuk akaun mana? Sebagai balasan untuk projek atau keputusan apa? Atau selepas semua siasatan itu, yang dimainkan sekarang hanyalah “unexplained wealth” dan pengisytiharan aset bawah Seksyen 36? Saya tidak mengatakan Seksyen 36 hanya digunakan apabila SPRM gagal menemui bukti rasuah. Tetapi rakyat memang berhak bertanya sama ada ia menjadi pertuduhan “go-to” apabila sukar membuktikan transaksi rasuah tertentu. Jangan gunakan perkataan “unexplained wealth” untuk mencipta persepsi bahawa seseorang sudah terbukti menyakau wang TH. Kalau ada bukti rasuah, tunjukkan bukti rasuah. NOTA: Tetapi ada juga seorang yang pernah mengisytiharkan aset bernilai RM11.2 juta pada tahun 2022, tinggal di banglo mewah, mempunyai pejabat di banglo mewah dan beberapa kereta mewah di rumahnya ketika menjadi pembangkang - walaupun ketika itu beliau sudah bertahun-tahun tidak berada dalam kerajaan selepas lama dipenjarakan. Jadi, adakah kekayaan seperti itu juga dikategorikan sebagai “unexplained wealth”? Dan itu pun hanya berdasarkan apa yang dia sendiri isytiharkan. Yang tidak diisytiharkan, kita tak tahu sama ada ada atau tidak. Kalau ada, berapa nilainya? Dato' Eric

Abang Anje 1447
Abang Anje 1447
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 14 August 2026 00:24:51 GMT
11298
315
79
174

Music

Download

Comments

hussinsshah
hussinsshah :
PHI jual asset TH RM10 billion tapi duit dpt 500 juta jer? lagi 9.5 billion dah kena Sakau
2026-08-14 14:13:14
17
gaban588
Basoko :
Bila pulak nk audit UJSB biar semua rakyat tahu
2026-08-30 16:37:32
4
zaidi9729
zaidi :
Spin la. Swmuga Allah menunjukkan kebenaran dan memberi balasan yg setimpal pada yg khianat, rasuah dan yg memfitnah dan mengadu domba .. Aamiiin ya Rabb
2026-08-15 11:36:36
5
bobah480
Bobah :
siapa yg sakau sebenarnya aset2 th..didalam pesta dilelong hapus dengan harga bawah nilai zaman ph
2026-09-04 00:51:32
1
jin.toncet09
JIN TONCET :
KENA BUAT RCI.. UTK TAHUN 2022-2026
2026-08-14 11:41:39
8
mawardahsakinah21
Tumpek :
AMBIL BALIK HOTEL TABUNG HAJI SEGERA
2026-08-14 09:22:57
6
lu.siapabarau
Lu Siapa Nak Tengkok Profile :
Masa Tabung Haji dibentuk sampai ke tahun 2013, Tabung Haji Untung, Tetapi masa Pencuri Najib Dari 2013 hingga 2018, Tabung Haji Rugi dari kebanyakan Perlaburan, lalu selepas 2018 seturusnya, Cost Haji kena Naik sebab Kerugian Perlaburan, Kalau Wang Haji Tidak diSakau dari 2013 hingga 2018, Cost ke Haji boleh dibayar OLEH Tabung Haji Tampa Duit dari orang yang simpang Wang Haji
2026-08-17 05:32:03
0
kampit.life
kampit.life :
tutup la TH, buat baru buat apa nak bailout?? takde duit laaa
2026-08-14 08:06:22
0
chik.mat2
Chik Mat :
Terbaik YB tengera Najib kata mana boleh tak untung LGE kata rugi
2026-08-14 09:56:09
7
nazri1962
Mohamad Nazri Nasiruddin :
Dah dijawab
2026-08-14 08:50:54
0
anwarbgy
Anwarbgy :
Siasat UJSB dan rampas semua Hartanya
2026-09-03 02:36:12
2
gembolmari6
gembolmari :
cuma yg jadi isunya boleh ke madani buat sebabnya masa kejadian 2014-18 bawah kerajaan bn sekarang pun bn dlm kerajaan wayang je?
2026-08-14 09:41:30
0
imdy5667
SMS :
tny nuar minta dia buka rci yg dia tutup kerugian forex 30b 30thn lps..jika skg duit tu mungkin dh 60b..
2026-08-14 13:48:46
3
kas8177
kas81 :
pmx terbaik
2026-08-15 00:33:51
1
username12453ni
username1245 :
pH jual aset th punca masaalah keru gian tabung haji.....
2026-08-29 23:49:51
3
user6519350930410
user6519350930410 :
rosak2 dunia ku...kiri lain cerita kanan lain cerita.
2026-09-01 12:23:57
1
abdulazam4150
abdul :
Dulu dulu, hasrat TH, tidak lain nak bantu jamaah. Zaman Madani mereka bukan nak bantu jamaah. Bagi mereka, berniaga saja cukup.
2026-09-01 23:04:04
1
imdy5667
SMS :
rkayt kene ingat cm mana nuar limpar propaganda jahat isu2 kpd rakyat.. contoh duit judi pas dpt..kesdhan nya isu tu diam n dia yg dpt duit judi..dia lemparkn naratif jahat kpd sakau kesdhan nya dia sakau bg pd farshah,np pkr sakau duit dr cina..yg buruk n hina umno ph..yg suci kn umno sbb nk jd pm ph..bila umno tk mau bekwn dgn ph,buruk kn blk umno..cm seolh2 rakyt Malaysia bo doh dia pikir😂😂
2026-08-14 13:49:07
1
imdy5667
SMS :
th jd kambing hitam utk tutup kerugian lbh besar ph sebenarnya..
2026-08-14 11:12:27
6
mohdmarizan775
Mariz Mohd :
Dap main duit penabung!!!!
2026-08-14 09:19:47
3
muhammad.izzat.ya
Muhammad izzat Yasim :
putar belit selagi bolehhh
2026-08-14 05:26:35
3
hamdanabdullah28.2
ALOHA LEKOR :
baca la..Baru tahu..rugi kata untung🤣🤣
2026-08-14 13:44:56
0
sidratulraslan
sidratulraslan :
Pmx sakau duit TH 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-08-14 18:38:48
3
azwapicklock
azwapicklock :
Berdasarkan petikan yang tersedia, Suruhanjaya tidak menyatakan secara khusus bahawa UJSB memerlukan "masa tambahan" untuk membayar sukuk. Sebaliknya, laporan membincangkan pelbagai faktor dan risiko yang berkaitan dengan obligasi pembayaran Sukuk UJSB kepada LTH, termasuk kebergantungan kepada peruntukan Kerajaan dan struktur sukuk itu sendiri. Beberapa perkara yang dinyatakan dalam laporan berkaitan dengan pembayaran sukuk dan keperluan sokongan Kerajaan adalah seperti berikut: Kebergantungan kepada Komitmen Kerajaan: Sukuk UJSB disenaraikan sebagai instrumen dalam Komitmen Jaminan di bawah Akta 61, menjadikannya obligasi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan [] (Bab 3 › 3.13 Pelan Pemulihan Lembaga Tabung Haji 2018 dan Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.). Walaupun begitu, UJSB tidak menerima suntikan RM1.5 bilion pada tahun 2021 seperti yang diluluskan dalam Belanjawan 2021 kerana keutamaan Kerajaan diberikan kepada perbelanjaan pemulihan ekonomi negara akibat pandemik Covid-19 [] (Bab 3 › 3.13 Pelan Pemulihan Lembaga Tabung Haji 2018 dan Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.). Risiko Keupayaan Membayar: Laporan KAN menyatakan pihak audit tidak dapat memastikan kebarangkalian LTH untuk menerima bayaran penebusan sukuk pada akhir tempoh matang kerana keupayaan UJSB untuk kekal beroperasi bergantung kepada peruntukan kewangan dan komitmen jaminan daripada Kerajaan [] (Bab 3 › 3.13 Pelan Pemulihan Lembaga Tabung Haji 2018 dan Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.). Kebimbangan Suruhanjaya: Suruhanjaya menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya Kerajaan tidak dapat memenuhi komitmen jaminan tersebut, LTH akan terdedah kepada risiko pembayaran ingkar dan tunggakan keuntungan akan mencecah RM7.65 bilion pada tarikh matang [] (Bab 3 › 3.13 Pelan Pemulihan Lembaga Tabung Haji 2018 dan Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.). Terdapat juga risiko yang lebih tinggi jika sukuk tidak dapat dilunaskan mengikut tarikh matang, memandangkan RM27.5 bilion hampir 31% daripada keseluruhan aset LTH [] (Bab 3 › 3.13 Pelan Pemulihan Lembaga Tabung Haji 2018 dan Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.).
2026-08-14 10:52:38
2
aazzizz04
A :
sepetutnya bincang dln parlimen bukan dimedia sosial.
2026-08-14 10:23:54
2
To see more videos from user @abang.anje.1447, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About