@yayasanpahangofficial: INISIATIF MAKMUR PAHANG Kerajaan Negeri Pahang terus komited memperkasa pendidikan anak negeri menerusi peruntukan RM300,000 bagi membantu 300 mahasiswa melanjutkan pengajian ke luar negara. Menerusi Inisiatif Makmur Pahang, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan, Maghribi dan New Zealand. Bagi fasa ini, seramai 122 pelajar menerima RM1,000 seorang, manakala 35 pelajar turut menerima wang pendahuluan USD1,000 seorang untuk melanjutkan pengajian di Yarmouk University, Jordan dan Universiti Al-Qarawiyyin, Maghribi. Semoga bantuan ini dapat meringankan persediaan para pelajar serta menjadi pemangkin untuk mereka terus mencipta kecemerlangan dan kembali menyumbang kepada pembangunan negeri Pahang. 💙 #YayasanPahang #MakmurPahang #Pahang1st #PendidikanAnakPahang #InisiatifMakmurPahang
Yayasan Pahang Official
Region: MY
Friday 14 August 2026 04:11:39 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @yayasanpahangofficial, please go to the Tikwm
homepage.