@norinasni: Soalan lazim saya terima, bagaimana nak dapatkan pokok ros meriah berbunga? Saya share sikit tips: 1. Pilih jenis id yang mudah dijaga dan rajin berbunga, biasanya jenis floribunda dan kebanyakan shrub sesuai ditanam di laman dan rajin berbunga. Hampir kebanyakan pilihan id di laman saya adalah shrubs, sedikit floribunda dan climber. Pastikan lokasi pokok menerima cahaya 6-8 jam sehari. 2. Cara penjagaan dan penggunaan baja. Ros sukakan baja jenis organik untuk diserap oleh akar. Antara baja yg kebiasaan saya guna adalah baja kompos, baja bone meal, fish emulsion/amino, seaweed dan juga osmocote. Pokok ros sentiasa perlukan baja tapi tidak boleh terlalu banyak, bajakan setiap minggu dalam kuantiti sedikit. Biasanya dalam 3 hari sebelum pruning saya akan bajakan pokok dengan baja kompos seperti vermicompost atau baja tinja ayam/kambing. Selepas deadhead/pruning pokok, saya akan taburkan baja bone meal. Baja bone meal kaya dgn nutrien untuk pertumbuhan akar dan pucuk. Minggu seterusnya saya suka siram fish emulsion + seaweed, baja cecair lebih cepat diserap oleh akar. Selepas seminggu akan nampak banyak pucuk baru tumbuh. Perlu tahu penjagaan pokok ros juga bergantung pada keadaan persekitaran dan juga cuaca. Pokok yg cukup keperluan asas dan nutrisi lebih kuat melawan penyakit. Ambil tahu sifat pokok, setiap jenis id berlainan karakter, ada jenis lasak, ada manja, ada fast/slow grower, kenali pokok anda sendiri. ❤️🌹#rosegarden #therapy #recentblooms #rostanahrendah

Norin’s Garden
Norin’s Garden
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 14 August 2026 08:34:36 GMT
18238
1162
86
99

Music

Download

Comments

derisyahomestayputrajaya
Homestay Putrajaya :
norin,boleh tahu kalu rose tgh berbunga norin biasa pasang payung, spy apa ya norin.
2026-08-18 10:14:10
0
anessamnzn
𝒜𝓃ℯ𝓈𝓈𝒶 𓋼𓍊 :
Saya suka sangat baja bone meal. Memang meriah pucuk pucuk merah lepas sekali guna. Menyesal tak guna dari dulu 😭
2026-08-14 11:26:20
7
twinklingstar_7
twinkle✨ :
sis, kalau time² hujan mcm skrg, cmne ye? pokok xde bumbung..
2026-09-19 05:01:42
0
yannura_
Yan Nora :
bole tau antara id yg tahan lasak...yg x mnja2..antaranya
2026-08-14 15:24:11
3
noorazenitaaziz
Noor Azenita Aziz :
Looveeeeee😍
2026-08-14 11:01:01
2
r.ayuyu
AYU. YU :
cantiknya saya tngok dkt fb puan trus jatuh cinta nk tanam ros
2026-08-14 13:53:06
3
aerinaorganics
AerinaOrganics :
ini ID apa
2026-08-14 11:48:20
0
zie_ara88
zie_ara88 :
cantiknyaaa❤️❤️❤️❤️❤️
2026-08-14 12:51:10
1
itzme.fara
fararissa shop :
meriahhnyee bunga 🥰
2026-08-16 14:10:24
1
lyna_salina
Lynaa :
hi norin, lama x nampak , kat fb pu xde.. rindu tgk rose garden norin
2026-08-14 10:41:34
3
nuramnis
Nur Hanisah :
maaf tanya, ni jenis apa ya. saya main beli je sbb bunga lawa huhu
2026-08-19 00:54:53
0
cherosemzrz71
che rose mzrz :
cantiknya meriah berbunga 🥰🥰🥰
2026-08-14 13:04:02
1
zalehasminzin35
KAK LEHA l Zalehasmin Zin :
Tq tipsnye... 🥰
2026-08-18 09:57:25
1
ainiaidilnita
mummy adam :
yg ni id apa ya sis
2026-08-15 12:57:07
0
shinnaina
نورشافينا🌼 :
id apa jer yg suka bbunga byk sis. blh sis sharw id yg ada d garden sis
2026-08-14 22:30:16
0
fifi_faeqhana
Fifi_mira :
nak tye, sis beli dari seed ke atau dr pokoknye ye sis?
2026-08-14 16:01:14
0
5ruz80
5ruzz :
saya tanam ros selalu mati😭
2026-08-14 14:21:48
0
derisyahomestayputrajaya
Homestay Putrajaya :
akak dah tengok kat showcade norin, akk dah beli di antaranya yaratera. baja ni nk letak ketika mana ya norin. yaratera ni bkn organic kan
2026-08-18 10:50:49
0
punithamary78
punithamary78 :
tolong share tips pls
2026-08-14 08:40:32
0
nor.hayati.yamin
Nor Hayati Yamin :
2026-08-14 08:52:04
1
lyna_salina
Lynaa :
nak bagi bushy roses, nak tiru id norin
2026-08-14 10:42:38
1
honeyvsbuzz
honeyvsbuzz :
tq for sharing 🫰🏻❤️
2026-08-14 13:13:52
1
67mawardesa
MAWAR~67 :
2026-08-14 10:58:30
1
miza6320
miza :
maasyaa Allah dik..sronoknya tgk..trasa bagai di sorga gtu..🥰
2026-08-16 06:09:04
1
natasyajanuary
NATASYA ANNES :
2026-08-14 09:20:03
1
To see more videos from user @norinasni, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About