@bernamatvofficial: Polis mengesahkan dua mangsa yang dipercayai rentung selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebuah lori tangki membawa muatan bahan api sebelum terbakar di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, petang semalam adalah ibu dan anak. Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pemandu dan penumpang kereta Perodua Bezza itu dipercayai seorang wanita berusia 39 tahun dan anak lelakinya, berumur 12 tahun, yang disahkan maut di tempat kejadian. Pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dijalankan melalui perbandingan ujian DNA waris. Siasatan awal mendapati lori tangki yang membawa 32,000 liter diesel dari Seremban menghala ke Temerloh itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan. Berdasarkan keterangan waris si mati, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jerantut ke Seremban. Pertembungan itu telah menyebabkan treler tangki menghempap kereta dan kedua-dua kenderaan terbakar. Pemandu lori berusia 37 tahun itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan. Proses bedah siasat akan dijalankan pada Sabtu. #digitalbernamatv #rentung #loritangki #temerloh #triang

Bernama TV
Bernama TV
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 15 August 2026 01:32:30 GMT
4660470
191586
5116
42945

Music

Download

Comments

thetransporter211
A.Rizal88 :
mereka syahid dunia..semoga syurga buat ibu dan anak
2026-08-15 03:02:36
29149
pemuda_felda
AHMAD FAUZI :
semua semua kecuaian... jgn nak ckp takdir...
2026-08-15 02:57:04
2275
cikzbunga0310
❤️chem_p@ka❤️ :
awak tu bawa Lori besar..berat..hujan2 cam nii...tolong la bawa plan2...kesian orang yg xsalah😭😭😭😭
2026-08-15 02:26:05
14481
iman_haris21
Iman_Haris21 :
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Al-Fatihah Nur Fatima Abdullah, 39, dan anak lelakinya Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12.
2026-08-15 03:02:36
227
_aribb__
ARIBBBB :
Keadaan kereta
2026-08-15 04:31:02
4512
nrasykn20
aynn :
Allah 🥹
2026-08-17 12:03:40
0
eijaromli_
eijaromli_ :
Kalau tak terbakar pun mesti dah mati tu. Al Fatihah🥺
2026-08-15 03:28:58
5170
m.syazrul
Muhd Syazrul :
Tu yg aq takut,kita bawak elok2 tapi punca kenderaan lain dgn kita sekali kena 🥺
2026-08-15 03:41:06
3835
lifeisnteeasy
.... :
May they rest in peace now 🙏
2026-08-17 20:51:20
0
hzafharsn
ifah🦋 :
mostly why lori laju laju eh sumpah takutt
2026-08-15 03:07:47
1275
vincent10597
我的名叫终结论 :
vincent☹️
2026-08-17 14:01:43
1
qisss_a
ᴀqɪssʜ˙ :
meninggal asbab terhempap hari jumaat yg mulia dlm kebakaran lagi- Shahid kejadian waktu azan. Allahuakbar arwah seorang yg sgt baik.. Al Fatihah
2026-08-15 13:17:40
473
nurul0451
Alia :
Lori skrg memang tak guna tau. Kau nk cpat pi mana . Kau selamat yg korban family lain tau.
2026-08-15 05:16:12
79
simbakomot
simbakomot :
Bila Allah da berkata.. Jadilah.. Maka jadilah ia... Moga syurga buat ke2nya..
2026-08-15 04:52:19
211
neesayoon
neesayoon :
Syurga utk ibu dan anak. Al fatihah 😭
2026-08-15 02:48:41
63
biscorf
﮼نح :
Allah 🥹🥹
2026-08-17 11:26:19
0
aaiim__
aaiim__ :
aku pernah nampak Lori trealer bawak laju dkt jalan kecik,aje gile,tak fikir nyawa orang
2026-08-15 04:18:26
136
parksooooo
Park Soooo :
bawak lori laju2 nk kemana je pun, kalau bawak slow takdenye hilang kawalan. lagi2 tempat corner takpayah laa potong2, laju2.. dah tau kita tuh bawak muatan berat.
2026-08-15 11:35:58
5
syzo77
Syzo_. :
yg ckp Lori minyak tu bawa laju tolong ambil tahu dulu ok?^^,Lori minyak ada sop dia dlm had kelajuan + setiap Lori minyak ada gps yg detect had dorang agar xmelebihi had kelajuan
2026-08-15 04:19:32
7
aishasha38
♡AishaSha♡AA♡ :
mmg laju sangat dia bawak lori tu..tlg la bila ada di atas jalan raya..pk jugak psl org lain..jgn jd selfish bila berada di atas jln raya
2026-08-15 03:06:26
87
julaijune
Julai June :
pemandu lori selamat.. xpasal2 ko libatkn nyawa org lain.. pemandu lori pon jgn la mcm samseng kat jln raya..pk nyawa org lain gak. alfatihah buat magsa.. 🤲
2026-08-15 03:38:01
804
mahfuziahan
Mah Fuziah :
perangai driver lori pling aku benci.. kita dh jauh park depan kt trfk light.. dye rapat blkng kita.. kla blh 1in rapat
2026-08-15 05:15:48
90
keds.ayy
By.Myraaa :
Allahuakbar, takdapat bayangkan macamana keadaan ibu anak masa kena langgar & kena hempap tu😭😭😭
2026-08-15 04:13:29
246
ziymaaa
Zyma :
Kerajaan boleh dah asingkan jln utk kenderaan berat.. Kesian pd pengguna lain
2026-08-15 04:13:32
312
hambaallah.601
cik puan tanker gas :
BKN nk backup driver lori tu,dia pun sndri KLU takdir tu bole di genggaman dlm tngn nya,driver tu pun xnk bnda ni JDI,,tu faktor jln raya n cuaca,,air bertakung n tayar xdpt mencengkam dgn baik bila jln licin,berada di selekoh PLK,,, susah nk handle stereng,semoga kejadian ni bole dijadikan pengajaran Tuk driver dan yg lain,,Al Fatihah Tuk para arwah,semoga para arwah di tempatkan di syurga
2026-08-15 06:28:35
48
To see more videos from user @bernamatvofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About