@kelathana_malay: 1) Era Langkasuka & Pengaruh Sri Wijaya (Kurun ke 7) Sebelum Sri Wijaya di sememanjung Melayu terutama di bahagian Segenting Kra, Utara dan Pantai timur telah pun wujud sebuah kerajaan purba yang dikenali Langkasuka dimana ia berasas mula dari Kedah kuno. Umumya busana yang dipakai adalah kain sarung dengan cara berkemban tanpa baju. Perempuan di kawasan ini juga memakai kain sarung melilit dada dan selendang serta sarung yang melilit bahagian pinggang hingga ke bawah seperti dhoti. Selepas Langkasuka, orang Melayu sememanjung mula memasuki fasa imperial dimana kebudayaan Melayu memjadi lebih jelas (pakaian yang seragam) dan meluas. Di Kelantan terdapat catatan China yang memceritakan tentang pakaian raja yang memakai mahkota dan kain yang diikat dengan tali pada kurun ke 10. 2) Era Bharubhasa & CSWK 1 (Kurun ke 13) Pada kurun ke-13, pada era Post-Sri Wijaya (NAGARA SRI DHARMARAJA) di semenanjung Melayu terutama di wilayah Kelantan, Langkasuka. Wanita Kelantan memakai kain sarung melilit tubuh, berkemban dengan kain sarung atau kain panjang melilit tubuh sehinga paras dada. Rekabentuk busana ini adalah standard untuk pakaian yang telah wujud pada era Langkasuka Kuno, Melayu Sri Wijaya Mala dan empayar Melayu Sri Wijaya yang miliki unsur hindu dan buddha pada era sebelum itu. Busana golongan Istana memakai banyak perhiasan emas berbanding rakyat yang tidak dibenarkan memiliki emas kecuali manik-manik berwarna. Pada kurun itu juga terdapat catatan China mengenai pemakaian wanita Chi-lan-tan/Kelantan pada waktu temasa, perkahwinan dan sambutan ulang tahun yang memakai kain sarong kapas berwarna hitam dengan tunik merah pada kurun ke 13. 3) Era CSWK II & Sadoong III (Kurun ke 16) ”Busana Cik Siti Wan Kembang” Istilah ini terkenal sejak pemerintahan CSWK II (1610-1677) di bumi Kelantan.Ini kerana baginda dipercayai gemar mengenakan pemakaian kemban dengan penutup bahu dengan gaya ini dengan keris panjang sebagai lambang kebesaranya. Negeri Kelantan antara negeri yang terakhir meneruskan pemakaian baju berkemban yang menggunakan 3 helai kain. Busana ini umumnya masih sama dengan cara pemakaian era sebelumnya tapi penggunaan,saiz dan cara ”meletak” selendang atau kelubung sahaja berbeza. Penggunaan kain kelubung ini memjadi sangat penting bagi untuk memutupi bahagian bahu,tangan, kepala dan belakang pemakai sekaligus membuatkan pemakai kelihatan lebih sopan dari era sebelum ini. Cara ini dipercayai berkait rapat pengukuhan agama Islam di negeri Kelantan. Ikatan kain bagi pakaian CSWK ini lebih teliti pada susunan lilitanya bagi melahirkan bentuk yang unik dan Kelasik. Kain sarong terdiri daripada kain songket jong sarat yang lebat benang emas, lipatan beribut dilipat di bahagian hadapan bagi menyenangkan pengerakan dan memapakan riak ombak kain yang beralun apabila pemakai melangkah. Pemakaian busana berkemban ini kekal dipakai rakyat Kelantan melangkaui era Melaka dan Thailand sehingga era British. Pemakaian busana ini berakhir pada zaman Tengku Long Mansor (1896-1900) sekaligus cara pemakaian busana kebudayaan Melayu Sri Wijaya di bumi semenanjung Tanah Melayu berakhir. #malay #kelantan #langkasuka #negarasridharmaraja #malaysia
.
Region: MY
Saturday 15 August 2026 19:52:09 GMT
Music
Download
Comments
ประเทศไทย :
Pakaian busana adat suku Kelantan-Pattani megah gilo ❤️🥰🔥
2026-08-16 11:18:34
69
🇲🇾Umairah Mohd Kamar🇹🇭 :
dulu langkasuka kingdom
2026-08-16 00:29:49
12
. :
4) Era Tengku Long Mansur (Kurun ke 19)
Pengukuhan Islam di Kelantan telah membawa perubahan besar pada corak pemakaian orang Melayu khususnya zaman Tengku Long Mansor (1896-1900) telah mengadakan undang-undang baru supaya rakyat Kelantan memakai pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat. Golongan diraja dan rakyat mula memilih untuk memakai Baju Kurung Johor, Baju Kedah, Baju Kebaya Labuh dan Pendek malah fesyen barat juga tidak ketinggalan. Manakala di majlis rasmi pula Sultanah Kelantan memakai Jaket bertulis ayat suci.
5) Era Vintage (Kurun ke 20)
Pada era 50an fesyen Kutu Bharu dari Bandung, Indonesia memjadi trend utama orang Melayu di Malaysia. Kutu Bharu juga memjadi trend bagi golongan istana dan rakyat dimana busana kebudayaan telah mengalami proses perubahan dimana ada sesetengahnya memjadi ketat mengikut susuk badan namun baju jenis Kedah masih memjadi pilihan rakyat biasa Kelantan. Rata-rata wanita Melayu pada era 50 hingga 90an tidak memakai pelindung kepala. Oleh itu fesyen rambut wanita telah mengambil alih dan berkembang mengikut zaman.
6) Era Kini (Kurun ke 21)
Pada masa kini orang Melayu telah kembali menutup kepala walaupun bukan lagi memgunakan kelubung sebaliknya memakai tudung. Pada saat ini juga pelbagai jenis rekaan tudung telah wujud dan berkembang sama ada dari pengaruh negara Timur Tengah atau ciptaan tempatan. Bagi untuk busana diraja Kelantan telah moden dan masih berkembang mengikut peredaran fesyen. Ia kadang kala direka khas untuk dimilik seorang sahaja (eksklusif) dan tidak lagi seragam serta terikat dengan identiti bangsa seperti mana era sebelum ini.
2026-08-15 19:52:50
18
cempaka utara :
budha islam?? saya sarankn ayat pra islam..awal mula islam bru nk masuk lebih sedap ayat praislam.maaf klau sranan saya xbrapa anda suka..🙏🏼🙏🏼
2026-08-16 08:07:32
13
Ahmad Izzuddin Ams I :
salam pantai timur dari pahang🖤🤍
2026-08-16 01:29:16
30
Sitiharyani :
pernah mimpi pmpuan bju bju kuning kain songket cm berkembang gitu ada keris kt pggn mahkota kt kepala pun ada rambut pnjng lps tu cm ada glg kt lengan kiri kanan dlm mimpi tu dia ajar sy menari smpai skrg sy xfhm knp mimpi cm tu...
2026-08-16 14:37:33
6
4circ :
ada yg lagi tua dari Langkasuka, namanya Kedatuan Cempaka.
Kadatwan/Kadatuan/Kedatuan/Datu(k) = Patriarchal kingdom (Tetua(n)/Ketua lelaki)
Karatwan/Kratuan/Karatuan/Keratuan/Keraton = Matrilineal kingdom (Tetua(n)/Ketua perempuan)
Kerajaan = Indian-influenced kingdom (Rajahnate)
Kesultanan = Turkish-Persian-Arabian-influenced kingdom (Zoltan)
Kementerian = Minister-influenced leadership/govern(ment)
2026-08-16 02:35:15
0
Muhammad :
dalam sijil lahir ambo tkdop tulis pun melayu champa atau melayu minang dia tulis melayu tulen
2026-08-16 07:17:38
5
mI :
Kelantan Masih Hidup Mayang Sari Di Tengah Laut Di Terengganu dan Kelantan
2026-08-16 14:45:32
4
Haz fiy57 :
ank bgsu puan sy sthun lbh suka lgu ni
2026-08-20 01:44:25
1
Nik Razak79 :
Nik hadir
2026-08-16 11:51:04
1
NiK zuLkhairuL :
persatuan tanah raksasa
2026-08-16 04:45:30
1
Pok subiey :
ni puteri mana😂
2026-08-16 02:58:03
1
Kimkimkim Sum :
sekarang dah Arab
2026-08-21 21:43:20
0
wanworldempire :
Alhamdulillah... Bulih tau asal Keturunan
2026-08-16 15:09:29
1
Bersatu :
Kota Maligai + Tam braligai = (Langkasuka)
2026-08-24 13:33:52
0
Pendosa :
tajuk gapo lagu...? jd
2026-08-16 15:06:22
0
Ayumi _Hermosa95 :
#fyp
2026-08-16 11:53:02
1
niemsalleh :
dalam negara sri Dharmaja tak pernah menyebut tentang Terengganu harap maklum🤭 baca sejarah biar betul jangan main sebat saja..
dalam catatan China menyebut kalau Kelantan adalah antara 15 negara yang berada dalam naungan Srivijaya.
antara 15 negara itu termasuk juga langkasuka DLL..tapi Kelantan masih kekal dnegan namanya dan bukan sebahagian Langkasuka
2026-08-30 01:48:49
0
🇲🇾Mat🇳🇵Faizin🇧🇹 :
NEGARA UTARA SEBENARNYA BUKAN SELATAN MALAYA
2026-08-30 16:13:31
0
mat zinn :
mantap 🥰🥰🥰
2026-08-23 14:48:06
0
Fuz🖤 :
Comelnya pakaian tradisi Kelantan❤️😘👍👍👍👍
2026-08-22 16:16:48
0
Di Renjie :
filem Queen of Langkasuka ada tunjuk bagaimana busana wanita bangsawan dulu.
2026-08-26 12:13:45
0
Soulhealer2026 :
hadir champa diraja Patani long yunus
2026-08-19 00:36:45
3
Aminikan :
Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu bangsa! Allahuakbar 🤲🏽🤲🏽💪🏽
2026-08-16 05:25:06
0
To see more videos from user @kelathana_malay, please go to the Tikwm
homepage.