Aireen natasya :
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada hari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon keampunan dan rahmat-Mu. Ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa keluarga kami dan dosa seluruh umat Islam, sama ada dosa yang kami sedari atau tidak kami sedari.
Ya Allah, bukakanlah seluas-luasnya pintu taubat buat kami. Berikanlah kami kekuatan untuk meninggalkan segala maksiat dan perkara yang Engkau murkai. Tetapkanlah hati kami di atas jalan-Mu dan janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami.Ya Allah, jauhkanlah kami dan seluruh umat Islam daripada api neraka-Mu. Selamatkanlah kami daripada azab kubur, fitnah dunia, fitnah Dajjal dan segala keburukan yang zahir mahupun yang tersembunyi. Kurniakanlah kepada kami husnul khatimah dan matikanlah kami dalam keadaan beriman serta dalam keredaan-Mu.Ya Allah, lindungilah anak-anak kami di mana sahaja mereka berada. Jauhkanlah mereka daripada orang-orang yang jahat, daripada pengaruh yang buruk, daripada maksiat, zina, dadah, pergaulan yang tidak baik dan segala perkara yang boleh merosakkan masa depan serta iman mereka.Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah, anak yang berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat. Lembutkan hati mereka, terangilah fikiran mereka, baikkan akhlak mereka, kuatkan iman mereka dan jadikanlah mereka insan yang sentiasa menjaga solat serta mencintai al-Quran.Ya Allah, peliharalah hati anak-anak kami agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang melalaikan. Temukan mereka dengan sahabat-sahabat yang baik, guru-guru yang baik dan orang-orang yang membawa mereka semakin dekat kepada-Mu.Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keluarga yang penuh kasih sayang, ketenangan dan keberkatan. Satukan hati kami dalam kebaikan dan janganlah Engkau biarkan kami jauh daripada-Mu.Ya Allah, murahkanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal, luas dan penuh keberkatan. Cukupkanlah keperluan kami, permudahkan segala urusan kami dan jauhkanlah kami daripada hutang, kesusahan, kezaliman serta perkara yang memudaratkan.
2026-08-16 13:44:41