@ahmad1909: Resepi Kari Ikan Tenggiri Jangan lupa save. Bahan tumis * 1 biji bawang besar (dihiris) * 3 ulas bawang putih (dihiris) * 2 inci halia (dihiris) * 2 tangkai daun kari * 1 biji tomato * 1 sudu besar rempah halba * 1 pek serbuk kari ikan * 1 pek serbuk kari daging/ayam Bahan lain * 2 batang kacang kelor dipotong) * 4–5 batang bendi (dipotong dua) * 5–6 tangkai cili padi * 1 kotak kecil santan * Air asam jawa secukupnya * Garam secukup rasa * Serbuk perasa secukupnya * Air secukupnya Cara Memasak 1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan tomato hingga layu, sedikit garing dan naik bau. 2. Masukkan rempah halba, serbuk kari ikan dan serbuk kari daging/ayam. Tambahkan sedikit air, kemudian gaul hingga sebati. 3. Masak hingga rempah pecah minyak dan naik bau. 4. Masukkan kacang kelor dan cili padi. Tambahkan air secukupnya, gaul rata dan masak hingga kelo empuk. 5. Masukkan air asam jawa dan santan. Gaul hingga sebati dan kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih. 6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. 7. Masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur dan biarkan kuah meresap. 8. Akhir sekali, masukkan bendi. Kacau perlahan dan masak sekejap supaya bendi masih rangup. 9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Tip: Kacau kuah perlahan-lahan selepas masukkan santan supaya kuah elok. Lepas masukkan ikan tenggiri, jangan kacau terlalu kuat supaya isi ikan tak mudah hancur. Selamat Mencuba 😋 #kariikantenggiri #resepi #kariikan #menuharian
AHMAD🫧
Region: MY
Sunday 16 August 2026 10:23:02 GMT
Music
Download
Comments
asnidarabdulhamid :
Kalau ikan Tenggiri saya goreng dulu kalau nak masak kari atau lemak baru ada rasa sama le kita Tuan
2026-08-16 12:50:17
2
AHMAD🫧 :
lauk tengahari yang sedap, resepi dekat bawah tau 🥰
2026-08-16 10:25:21
1
datuk roslan bin jaafar :
wow kari tenggiri dan kacang kelo..sedap tu
2026-08-16 10:42:37
1
Natural "J"Lovers Cemilan &snk :
Sedapnya ,Pandai masak ya Abang ,selera menggoda di tempat kerja jadi laper pula 😁🤭
2026-08-16 13:26:49
1
Putri Jannah :
👍
2026-08-20 07:36:44
0
@Bidang Idaman🥰 :
sedap
2026-08-18 06:50:01
0
kak ros :
Alhamdulillah .sdp nya kari ikan..kalau kari kepala ikan lagi sedap ..😅.kita x tau masak dik ..kalau masak pin x sdp rasanya ..
2026-08-16 10:35:44
0
levender march :
2026-08-17 01:22:28
0
SHILAON7 :
nyum2
2026-08-17 12:15:25
0
AHMAD🫧 :
kari ikan tenggiri
2026-08-16 10:24:46
0
Eza Rashid :
🥰🥰
2026-08-17 12:37:01
1
To see more videos from user @ahmad1909, please go to the Tikwm
homepage.