@myohnews: SHAH ALAM – “Baru dapat jawapan bertulis dari menteri berkenaan tujuh pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) yang rugi 100 peratus. Paling teruk pelaburan Al-Rawda Real Estates (Al-Rawda). Kalau baca, memang naik darah.” Demikian reaksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menerima jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung tujuh pelaburan TH yang mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM2.581 bilion berdasarkan nilai pelaburan yang telah dirosotkan 100 peratus. Pelaburan dalam Al-Rawda mencatat kerugian paling besar iaitu sebanyak RM1.864 bilion selain sejumlah wang besar juga didapati dibayar kepada syarikat itu sebagai pendahuluan atau ‘upfront’. Syed Saddiq berkata, lebih RM1.5 bilion didakwa dibayar secara pendahuluan kepada Al-Rawda sebagai pihak perantara atau ‘orang tengah’ dalam pelaburan berkenaan. “Tiada jaminan bank. Due diligence (penilaian wajar) hancur. Perlindungan TH cuma nota janji yang dijamin secara peribadi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad. Semasa penggulungan perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait TH di Sidang Khas Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah dibuat TH mengalami kerugian 100 peratus. Beliau memberitahu, TH juga terpaksa menanggung kerugian dianggarkan hampir RM13 bilion disebabkan 14 pelaburan bermasalah itu ekoran salah laku kewangan dan pelaburan yang menjadi punca utama. Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut mempersoalkan manfaat pelaburan berkenaan kepada jemaah haji apabila kemudahan penginapan yang dirancang didakwa tidak diterima seperti sepatutnya. Menurut beliau, kutipan sewa daripada pelaburan tersebut juga terhenti selama bertahun-tahun. “Manfaat penginapan untuk jemaah pula tidak diterima seperti dirancang. Kutipan sewa terhenti bertahun-tahun. “Berbilion ringgit telah dibayar, namun tiada hasil yang dapat ditunjukkan. Pelik bin ajaib,” ujar Syed Saddiq lagi. Jawapan bertulis itu turut menyenaraikan enam lagi pelaburan yang mengalami kerugian 100 peratus iaitu Trurich Resources Sdn Bhd (RM364.31 juta), Putrajaya Perdana Berhad (RM193.49 juta), Al-Fareeda Residential Fund (RM82 juta), Abraj Sdn Bhd (RM40.23 juta), Emrail Sdn Bhd (RM19.30 juta) dan Wellspring Worldwide Ltd (RM18 juta). #myohnews
Oh! News
Region: MY
Sunday 16 August 2026 11:10:06 GMT
Music
Download
Comments
DINIKA2016 :
Kalau duit Tabung Haji pun nak sakau, mana lagi tempat rakyat Malaysia dapat simpan duit dengan selamat
2026-10-15 00:27:14
284
Nami :
klu DAP x nampak la snagt dia nak songlap2.. tp nampak sangat fokus dia merosakkan ekonomi syarikat melayu..
2026-10-15 04:21:11
107
JAYZAH :
selepas lim Guan eng kacau TH inilah jadinya kos naik haji naik lebih 2x ganda, ada kasta untuk tunaikan haji. rakyat tak akan percaya pada kerajaan yg ada sekarang
2026-10-15 04:02:07
174
norazilah87 :
kpd ybss ...kalo ybss nk tahu..bukan setakat bella jer yg perlukan ybss,kami rakyat malaysia pn amat perlu kn ybss bersura keramat n lantang d parlimen spt kamu...
2026-10-14 08:08:06
431
Syam Rahman :
nk sakau duit pendeposit lg atasan alasan keno tambah rm15K ke akaun istitoah ...utk tujuan haji, padahal nk cover apa yg rugi..rakyat diperbodohkan selama ni.
2026-10-15 00:34:10
77
ellyelizayusma :
lepas tu nak 15k setiap penyimpan 😂
2026-10-14 12:40:47
94
sha :
“Lembaga Tabung Haji (TH) mula membuat perjanjian perniagaan dan pajakan hotel dengan Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd secara berperingkat antara tahun 2015 hingga 2017.
Maklumat penting mengenai transaksi tersebut:
• Tempoh Mula: Transaksi bermula pada tahun 2015 dan berlanjutan pada tahun 2016 serta 2017.
• Bentuk Urus Niaga: TH membuat pembayaran pendahuluan (up-front) berjumlah kira-kira 1,426 juta Riyal Arab Saudi (SAR) atau sekitar RM1.5 bilion untuk memajak empat buah hotel di Makkah dan Madinah.
• Perkembangan Lanjut: Berdasarkan Laporan RCI Tabung Haji, pihak Al-Rawda mula gagal membuat bayaran sejak suku pertama tahun 2019, yang menyebabkan TH mengalami kerugian besar dan rosot nilai sepenuhnya.” Yeahh, waktu PHDAP dah memerintah lah start macam2. Dorang deficitkan Tabung Haji. Yang “sakau” gaji, itu hanya tip of an iceberg. PHDAP jerit sakau, sakau, untuk distraction je supaya orang tak perasan apa sebenarnya yang berlaku. Sebab tu lah jerit sakau tapi jual assets Tabung Haji also. Guna otak wahai melayu Islam, apa lagi yang kamu tak nampak. Kalau rasa ragu2 PHDAP ni memang nak hancurkan kita, meh saya share apa yang telah berlaku:
2026-10-14 17:30:07
37
FaridahBaharom :
Semoga YB didlm lindungan Allah SWT🤲🤲.Terbaik YB SS 👍👍
2026-10-14 08:02:13
141
AidaRizal5350 :
Ya Allah tunjukkan kebenaran dan hukumlah mereka jika mereka bersalah dan mmg ada niat untuk kepentingan diri.
2026-10-14 15:39:53
56
sfbakatal :
Isu kerugian ni PAS bole terima dgn hati terbuka... x bahas pun????
2026-10-14 23:29:48
12
irney suehana :
Taniah yb sadiq.. Kamu adalah harapan rakyat malaysia sekarang.. Semoga suatu hari nati sadiq jadi pm malaysia... Kelantangan suara kamu buat rakyat malaysia...terharu dan teruja
2026-10-14 13:44:25
72
rostamghani699 :
Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd is a Saudi Arabia-based property and development company at the center of a major financial controversy involving Malaysia’s Lembaga Tabung Haji (TH).
2026-10-14 13:55:00
1
nadhirahabdghafar :
duit kami orang kampung menabung.jangan khianati amanah yg kamu pegang
2026-10-14 13:54:16
19
ShahDTM :
Moga Allah swt lindungi yb muda ni.. buat niat kerana Allah swt
2026-10-14 12:05:55
17
Tokma Zaara :
kita simpan dlm Tabung Haji utk keselamatan Dunia dan Akhirat. Tapi ini yang terjadi.
2026-10-14 22:57:57
4
Yati Karim :
YA ALLAH! KAU ANGKATLAH YBSS DPT MENERAJUI NEGARA UTK AKAN DTG. AAMIIN2 YRA
2026-10-14 21:46:37
6
Siti Halijah Abdullah :
Terus bongjkar.Terbaik YBSS.
2026-10-13 08:14:42
27
Siti :
SS ini sebenar nya berkempen untuk Ph. Hari hari zikir tabung haji lepas pilihan raya dia berenti
2026-08-17 03:43:38
10
reyzalishak :
teruskan syed saddik rakyat mlaysia perlukan org macam kamu..semoga tuhan menjaga beliau...
2026-08-18 12:09:02
72
rusnah hamid :
antara sebab2 pendeposit kekalkan RM15,000 kalau nak gi haji....pastu sakau semua duit pendeposit
2026-10-14 13:32:25
68
Ramli Ismail :
dah tak percaya lagi dgn pengurusan Tabung Haji...kenapa nak kenakan 15 ribu utk tunaikan haji...
2026-10-15 02:28:42
51
Abdul Nasil :
jgn lah org politik ....dilantik mengurus TH. boleh hancur umatt islam di Malaysia
2026-10-14 03:49:01
20
muhd rusydi yahaya :
terbaik ank muda Syed sidik.org macam ni yg kita nak
2026-09-02 05:20:40
14
Rose :
Duit tabunghaji adalah amanah rakyat kepada pemerintah. Menjawablah didunia dan Di akhirat nanti
2026-10-14 14:06:20
10
Zaini Jamak :
Entah2 sykt2 yg tertera diatas hanya sykt diatas kertas...yg sememangnya ditubuhkan hanya untuk songlap duit TH itu sendiri...demi tembolok pihak2 berkepentingan
2026-08-17 04:19:32
36
To see more videos from user @myohnews, please go to the Tikwm
homepage.