@sinarharianonline: Kesemua juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang aktif beroperasi disahkan negatif dadah selepas selesai menjalani saringan mandatori dalam tempoh kira-kira seminggu. Sebelum ini, Malaysia Aviation Group (MAG) memaklumkan seramai 1,260 juruterbang MAS diwajibkan menjalani saringan berkenaan susulan penahanan seorang juruterbang syarikat itu dalam kes penyeludupan dadah di Jakarta, Indonesia. #SinarHarian #SinarTerkini #Juruterbang #MalaysiaAirlines