@japenkelantan: 🇲🇾 Gelorakan semangat patriotisme, Jalur Gemilang Berkibar Megah Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang X JAGO Negeri Kelantan 2026 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kelantan berlangsung meriah di Dataran Bandaraya Kota Bharu. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Ammar bin Othman, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan. Program dimeriahkan dengan persembahan Dikir Barat Merdeka dan PENTARAMA, diikuti ucapan YB Dr. Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama serta penyampaian hadiah kepada pemenang bulanan Komuniti Digital 2026. Turut berlangsung penyerahan Kit 1 Rumah 1 Jalur Gemilang kepada jabatan dan Komuniti MADANI, persembahan artis tempatan Dzul Mijie, Ikon Persis Sudirman Kelantan serta edaran Jalur Gemilang kepada masyarakat sekitar. Suasana semakin meriah dengan nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 serta lagu Jalur Gemilang, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan dan cinta akan negara. #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #JAPENKelantan #JabatanPenerangan
japenkelantan
Region: MY
Monday 17 August 2026 14:47:14 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @japenkelantan, please go to the Tikwm
homepage.