@ahmad1909: Resepi Kengsom Siakap Jangan lupa save. Bahan-bahan * 1 ekor ikan siakap * Nenas secukupnya * Sedikit kangkung * 2 batang serai (diketuk) * 1/2 cawan air asam jawa * 2 sudu besar sos ikan * Garam secukup rasa * Gula secukup rasa * Serbuk perasa secukupnya Bahan kisar * 5 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih * 1 inci halia * 1 inci lengkuas * 1 inci kunyit hidup * 1 inci belacan Cara Memasak 1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama 2 batang serai yang telah diketuk. 2. Tambahkan air secukupnya, kemudian masak hingga kuah mendidih dan bahan kisar masak. 3. Masukkan 1/2 cawan air asam jawa, 2 sudu besar sos ikan, garam , serbuk perasa dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati. 4. Masukkan ikan siakap dan nenas. Masak hingga ikan masak sepenuhnya. 5. Akhir sekali, masukkan kangkung dan masak sekejap sahaja. 6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Tip: Jangan masak kangkung terlalu lama supaya kekal rangup dan warnanya masih cantik. Lepas masukkan ikan siakap, kacau perlahan-lahan supaya isi ikan tak mudah hancur. Selamat Mencuba 😋 #kengsom #kengsomikansiakap #resepi #lauksimple