@thecafe805: Ok baru-baru ni kami dapat satu tempahan **VIP Catering** untuk **16 orang** di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing. Menu yang dipilih ialah **Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar Mentah, Buah Tembikai dan Sirap Selasih**. Untuk catering macam ni, kami memang akan datang sekurang-kurangnya **sejam lebih awal**. Sebab kami nak pastikan semuanya berjalan lancar dan bersedia kalau ada perkara yang tak dijangka. Sebelum tetamu sampai, kami semak semula setiap hidangan, pastikan makanan masih panas, peralatan bersih dan susunan meja kemas. Untuk jamuan VIP kali ni, kami gunakan **VIP Dome**, **pinggan kaca**, **cawan kaca** dan **napkin** supaya persembahan hidangan nampak lebih kemas dan profesional. Bagi kami, catering bukan sekadar menghantar makanan. Tetapi memastikan tetamu mendapat pengalaman yang baik daripada cara makanan dihidangkan sehinggalah servis yang diberikan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan customer juga berpuas hati dengan hidangan yang kami sediakan. Kalau korang sedang mencari servis **mini catering** untuk jamuan pejabat, Family Day, mesyuarat atau majlis kecil, sama ada **buffet**, **food pack** ataupun **bekas pakai buang**, boleh hubungi Cafe 805. InsyaAllah kami akan cadangkan menu yang sesuai mengikut bajet dan keperluan korang. #mersing #mersingjohor #cafe805 #cateringmersing #mersingcatering

Cafe 805
Cafe 805
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 18 August 2026 02:00:00 GMT
680
12
1
0

Music

Download

Comments

keepyourheadsup8
FiniHiro :
Encik, jumaat tak beroperasi ke?
2026-08-20 04:06:43
0
To see more videos from user @thecafe805, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About