@ayat.noor0680:

Nooria
Nooria
Open In TikTok:
Region: PK
Monday 17 August 2026 19:32:52 GMT
59
9
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ayat.noor0680, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Suatu hari, abang sulung aku mesej dalam group . Dia tanya, “Boleh tak pinjam RM100?” Masa tu hidup aku tengah senang. Apa yang aku nak, boleh kata aku mampu dapat. Jadi bila abang minta duit, entah kenapa aku rasa macam dia menyusahkan aku. Aku bukan setakat tolak permintaan dia… aku siap sindir dia depan adik-beradik yang lain. Aku cakap macam-macam. Seolah-olah dia tak pandai urus hidup sendiri. Abang tak marah pun. Dia cuma balas… “Tak apa… nanti aku usahakan.” Lepas hari tu, abang makin senyap. Dia tak bergaduh dengan aku. Tak pernah ungkit apa yang aku cakap. Tak pernah balas sakit hati dia. Masa terus berjalan. Sampailah satu hari… hidup aku pula berubah. Aku hilang kerja. Dalam masa yang sama, anak kecil aku jatuh sakit. Kerap ulang-alik hospital. Duit simpanan yang ada, sikit demi sikit habis untuk rawatan dan bil. Satu malam, aku duduk seorang diri dekat koridor hospital. Aku betul-betul dah tak tahu nak buat apa. Nak pinjam dengan orang pun… aku dah tak tahu nak cari siapa. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Nama abang sulung aku muncul dekat skrin. Aku angkat. Suara dia tenang je. “Aku dah tahu keadaan kau dengan anak. Jangan fikir banyak. Duit aku dah transfer. Guna dulu untuk bayar bil hospital dan belanja dapur kau” Aku terus buka aplikasi bank. Masa tu… aku terkedu. Bukan RM100. Tapi RM1,000. Air mata aku terus jatuh. Aku teringat balik apa yang aku pernah buat dekat abang. Dulu, masa dia perlukan RM100, aku malukan dia depan adik-beradik. Tapi hari ni… Bila aku sendiri jatuh dan tak tahu nak minta tolong siapa… Dialah orang pertama yang hulurkan tangan. Dan yang paling buat aku malu… Dia tak pernah ungkit pun. Malam tu aku sedar satu benda. Kadang-kadang orang yang meminta bukan sebab dia lemah. Mungkin dia cuma sedang melalui satu ujian fasa hidup yang kita sendiri belum pernah rasa. Jadi jangan terlalu cepat menghina orang yang sedang susah. Sebab kita tak tahu… Mungkin satu hari nanti, kita pula yang berada di tempat mereka. Semoga Allah jauhkan kita daripada sifat sombong. Dan semoga Allah jadikan kita orang yang masih mampu memaafkan… dan tetap berbuat baik, walaupun pernah disakiti. #adikberadik #airdicincangtidakakanputus #fyp #vedio #motivasi

About