@adlyzaharii: Minggu lepas, menerusi Jelajah Peduli Veteran MADANI di Merlimau, saya berkesempatan menziarahi Encik Muhamad bin Muhamad Dum di kediamannya di Kampung Serkam Tengah. Di sebalik 21 tahun khidmat beliau bersama Tentera Darat Malaysia (TDM), tersimpan kisah pengorbanan dan kehidupan yang dilalui bersama keluarga. Kini, beliau turut menggalas tanggungjawab menjaga anak OKU. Dalam kunjungan ini, saya turut berkesempatan menyerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat untuk negara. Pingat mungkin kecil nilainya, tetapi di sebaliknya tersimpan penghargaan yang besar buat seorang insan yang pernah mencurahkan tenaga, masa dan kudrat demi keamanan tanah air. Jasa veteran tidak akan kita lupakan. Pengorbanan mereka adalah sebahagian daripada sejarah keamanan yang kita nikmati hari ini #JelajahPeduliVeteranMADANI #VeteranMADANI #MalaysiaMADANI #inirumahkita