@mediaselangor: Status menjadikan Malaysia sebagai negara maju tidak akan tercapai sekiranya hanya bersandarkan pencapaian ekonomi, pelaburan dan pendidikan semata-mata sebaliknya turut bergantung dengan aspek kebersihan. Justeru Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim menyeru masyarakat terutama generasi muda mengutamakan kebersihan kendiri sekali gus membentuk persekitaran harmoni dan lestari demi merealisasikan Malaysia sebagai negara maju. #MediaSelangor #KlikSemasa #kebersihan #harmoni