@info.semasa: Jangan buka pintu sesuka hati bila dengar ketukan – Polis ALOR SETAR – Polis sedang menyiasat dakwaan bunyi ketukan yang dikatakan berlaku di beberapa rumah di kawasan Langgar, di sini dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, dakwaan kejadian tersebut yang tular di media sosial sudah dalam pengetahuan polis, namun setakat ini belum menerima laporan rasmi daripada penduduk terlibat. Katanya, berdasarkan maklumat diterima, terdapat penduduk yang mendakwa terdengar bunyi ketukan kuat pada pintu atau pagar rumah masing-masing pada waktu malam. “Sehingga kini, pihak polis belum menerima sebarang laporan polis rasmi daripada mana-mana pihak. Pihak polis juga masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian,” katanya di sini hari ini. Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama, Syed Basri meminta penduduk supaya meningkatkan tahap keselamatan rumah dan kawasan persekitaran dengan memastikan pintu serta pagar sentiasa dikunci sempurna terutama pada waktu malam. “Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuka pintu atau pagar sesuka hati apabila terdengar ketukan, khususnya sekiranya identiti individu di luar rumah tidak dapat dikenal pasti. “Sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan atau kelibat individu tidak dikenali, orang ramai diminta supaya tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta segera menghubungi balai polis berhampiran,” ujarnya. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu tindakan dan siasatan lanjut. “Pihak polis juga akan meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar Langgar serta kawasan berhampiran bagi memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan penduduk setempat terus terpelihara,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE Oleh NORLIDA AKMAR IDROS 18 Ogos 2026, 4:17 pm Artikel ➡️ Kosmo Online #infosemasa
Info.Semasa
Region: MY
Tuesday 18 August 2026 09:20:28 GMT
Music
Download
Comments
AngkuhDanLiar :
Tengah tunggu selain rumah melayu..ada tak yang kene macamni..ke bende ni selek
2026-08-18 17:29:54
1
mikaa8 :
F p
2026-08-18 18:22:12
0
Apiiiii𝄞ও :
rumah saya baru kena semalam tapi tak ketuk dia nak try bukak pintu
2026-08-18 23:21:17
0
ana :
Jangan buka jangan tgk buat x tahu je...lama2 dia ghaib, dia pn x blh ddk lama kt situ dia pn ada keja lain nk buat😏
2026-08-18 14:01:13
2
️zkryy :
@ @baka. @thisisme @𝙈𝙖𝙣👾
2026-08-18 12:43:08
1
To see more videos from user @info.semasa, please go to the Tikwm
homepage.