@lensatuaran: “Meter air terus bergerak walaupun tiada air” – Penduduk Telupid persoal Jabatan Air Sabah TELUPID: Sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Shahril Abdullah, mencetuskan persoalan terhadap pengurusan bekalan air di Telupid selepas memaparkan meter air yang didakwa terus bergerak walaupun tiada aliran air melalui paip. Video berkenaan menunjukkan sebuah meter air yang dipercayai dipasang secara rasmi oleh Jabatan Air Negeri Sabah, dengan jarum meter kelihatan terus bergerak meskipun keadaan paip didakwa tidak mengalirkan air. Menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan, Shahril Abdullah mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan bekalan air di Telupid. “Siapa ba incharge Jabatan Air Sabah di Telupid ni? Bukan pertama kali ni jadi,” tulisnya. Beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati berhubung perkara tersebut serta meminta pihak yang bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan. Video itu turut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai bagaimana bacaan meter boleh meningkat sekiranya tiada bekalan air yang mengalir. Lensa Tuaran difahamkan isu tersebut dikongsikan bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa air berhubung keadaan yang didakwa bukan pertama kali berlaku. Bagaimanapun, Lensa Tuaran belum menerima kenyataan rasmi daripada Jabatan Air Negeri Sabah berhubung dakwaan tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pengalaman berkaitan isu berkenaan boleh berkongsi kepada Lensa Tuaran untuk tujuan semakan dan maklum balas pihak berkaitan. #telupid #lensatuaran #sabah #JANS #creatorsearchinsights
kenapa lah sabah ni Dr dllu begini sbb tu nda pandai maju2 padahal sabah lah banyak potensi maju mcm Sarawak
2026-08-18 21:59:04
259
Edwin Chia :
What happens to our water work depart ????
2026-08-19 05:43:50
0
Balan-Balan :
sbab tu pengarah jabatan air kaya raya. .😂😂😂😂
2026-08-18 19:21:55
58
XZit 🔹☪️ :
patutlah smpai 2k 3k ternyata macam gini pulah mainannya
2026-08-19 00:22:35
63
qis@CEITE890201 :
mama kemarin bayar air,, diorg cakap mama banyak tunggakan.. sumpah mama jarang kasi tunggak air..kemarin sampai yg tahun 2024 pun dia terpaksa bayar. tapi jabatan air cakap ,,kalau mama saya ada bukti resit pembayaran bil yg lama,, bawa ke bangunan Muis tingkat 6 buat aduan dan insyaallah kalau betul. duit akan di kembalikan.. insyaallah di permudahkan..aminn
2026-08-18 23:16:55
38
apple hijau :
ambik bukti saman terus jabatan air sdah
2026-08-18 10:41:40
248
Muni :
sy pun pernah kena... bil smpai rm800, padahal, teda bocor pun air dlm rumah..
2026-08-19 03:12:02
10
pemburu lautan :
inilah masalah di sabah..tiba² bayar beribu ribu padahal keluar air pun tdk...membayar angin sja..mahu lawan pun susah sebap meter air sdh jalan..harap JANS kaji semula meter air,,mengunakan sensor air keluar baru meter jlan..
2026-08-18 11:47:53
29
Awang :
bagus viral..nanti bil tggi..kita dsrh bayar...lambat bayar trus d potong..
ADIL KAH ?
2026-08-18 23:28:48
27
Fendy_Oyoh :
yang bikin hairan di kawasan kami .. kalau mati air 3 sampai 4 hari dalam seminggu tu hidup pun air paling 2 hari 3 hari.... sekli bil di bayar huuuuu memcecah 5 ratus 6 ratusssss padu
2026-08-18 21:20:29
29
3Selip@r :
sya sudah kena, bayar rm 1000 kepada jabatan air.. sedangkan tiada air. jabatan air sabah memang ada masalah
2026-08-19 01:49:34
9
MK :
Sabah mundur jaya
2026-08-18 21:22:42
22
RD SHAMRIN :
aku tak halalkan apa yg dorang dah makan..
2026-08-18 21:03:57
26
📵 :
pernah kena.... meter tetap berjalan... bil beribu
2026-08-18 20:52:32
14
Mohd Maell :
Macam ni la daerah papar hadap tiap² bulan.. bayar 200-300 sebulan tpi dpt angin🥲
2026-08-18 21:51:38
6
ZenoSabahan :
stress
2026-08-18 18:02:48
0
komburongoh :
adadaaa...kena tipu hidup hidup kita🥱
2026-08-18 11:15:14
6
Zed :
sini sebabnya kenapa jangan beli water pump murahan. kalau mau beli, tanya dulu, apa water pump ada sensor ait atau enggak
2026-08-19 02:32:10
3
Amrisab :
Sabah maju jaya😂
2026-08-18 12:17:26
7
ace :
kalo durang tidak perbaiki juga seperti ini rakam video, memang sahlah durang mau kaut keuntung. Rugi kita kalo mcm itu. Harus komplain ini. Jgn kasi biar saja gila perkerjaan Cara begini.
2026-08-18 15:28:19
6
yoedandi :
hati2 dalam berkonten geng, patalagi melibatkan nama sesebuah negeri
2026-08-19 00:19:50
2
225 trus kn :
makn Angin byr Angin la itu saja selasai😂😂
2026-08-19 01:56:47
2
Aidil.steady2 :
sabah kalau bab air memang masalah dari dulu
2026-08-18 23:03:59
4
danielicihe :
betul tu rumah kak sya lama TDA orang tapi datang bila air juga 1 kali bayar mahu 800 dekat 1k...trus suruh buka meter sja
2026-08-18 22:55:08
4
hampirganteng02 :
sakarang angin pun pakai meter kaa?
2026-08-19 00:01:04
2
To see more videos from user @lensatuaran, please go to the Tikwm
homepage.