@drasyrafwajdi: BANTU PELAJAR KADAZAN-SIAM CEMERLANG STPM KE UPSI Semalam viral dan ramai yang tag saya mengenai kisah adik Lovely Sabana Augustine, anak keturunan Kadazan-Siam dari Tumpat yang mendapat keputusan cemerlang STPM dan ditawarkan melanjutkan pengajian ke UPSI dalam bidang Pendidikan Moral yang tidak cukup kelengkapan wang ringgit untuk mendaftar. Adik Lovely datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Ibunya bekerja sebagai tukang cuci sekolah dan mengambil part time sebagai anggota RELA menjaga masjid di hari jumaat dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan. Apa yang lebih membanggakan beliau mendapat pointer 4.0 di dalam STPM walaupun hidup dalam serba kekurangan. Saya telah menghubungi Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff untuk membantu dan Alhamdulillah pihak UPSI bersetuju memberikan pelepasan khas berkaitan yuran bagi membantu meringankan beban adik Lovely. InsyaAllah, MARA melalui Yayasan Pelajaran MARA akan membantu RM1,000 sebagai wang persiapan. Saya juga turut menghulurkan sedikit sumbangan peribadi. Semoga sedikit bantuan ini menjadi pembuka jalan untuk adik Lovely memulakan langkah sebagai mahasiswa dan mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pendidik serta dalam merubah kehidupan keluarga apabila berjaya nanti. #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah
Terima kasih Datuk, semoga Tuhan balas segala kebaikan Datuk ❤️
2026-08-18 12:43:53
131
Rezqeen Hill ☑️ :
mcmni punya kualiti pemimpin, PKR nk tukar gak?
2026-08-18 10:28:56
229
abanglonghaq33 :
a true leader. proud his our chairman in MARA.
2026-08-18 11:54:56
0
Gigirumari :
Ambo kurey dgn UMNO, tapi dgn Dato kito bereh
2026-08-18 10:59:20
49
Nadia🦕 :
cantik nma dia..lovely🥰
2026-08-18 11:52:13
65
Cahaya Cahaya Mentari Senja :
Taniah welcome to upsi
2026-08-18 16:01:37
0
mdlatte :
Mantap dr., MARA & UPSI, keep helping. My primary school.. SKTJ🥰
2026-08-18 15:29:20
0
cik matt :
gini lah yang kita nak...cepat bertindak membantu yg memerlukan..syabas dato & team
2026-08-18 10:07:45
92
waris panglima tok mat dadil :
hangpa tuduh la datuk asyraf apa2 pun aku dan seluruh veteran ATM akan undi BN/PN PRU16 nanti....PH/DAP/PKR/Amanah dah berada di hujung tanduk...
2026-08-18 16:47:07
6
kelincilaut :
DAWD orang paling layak jadi Menteri Pendidikan
2026-08-18 10:29:22
43
Sauzarine Augustine :
Terima kasih Dato sudi untuk membantu adik saya dalam merealisasikan impian adik saya sebagai seorang pendidik… 😭😭😭
2026-08-18 13:08:32
29
Hawa_niaz :
xlekang kat mulut dia ayat terima kasih datok..terbaik la
2026-08-18 15:28:09
8
mozaba64 :
Ada tak Menteri PKR yg nk ambik tahu tentang murid ni....heboh jerit reformasi jerit Sakau jer yg dia tahu
2026-08-18 10:37:14
23
kenari merah :
anak sy lulusan STAM.dan dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda bahasa Arab keusahawanan dgn kepujian di UMK.apa yg boleh sy dapatkan sebarang bantuan untuk anak sy.daftar pd 20hb/9
2026-08-18 12:23:49
19
sayfiq :
tabung haji apa cite Dato' tanya je jgn marah 😁
2026-08-18 11:14:21
6
Bard Meen :
Alhamdulillah.. tolong lah bumiputera kita...
2026-08-18 12:39:05
7
meeza_ady :
Syukur Alhamdulillah. Allah hadir kan seorg insan berjawatan tinggi yg gigih bantu insan memerlukn
2026-08-18 10:31:06
7
AIN NAWAL :
Terima kasih Dato,sentiasa ambil berat..Semoga Allah sentiasa permudah urusan Dato bantu masyarakat🤲
2026-08-18 10:15:18
10
FADHIL DESIGN :
bila dr ckp arwah datuk ramzi . sy teringat dia byk bantu sy org yg sgt baik.. rumah sy roboh awal2 dia datang, masjid kg sy runtuh dr nagn arwah datuk ramzi datang. sampai deposit operate sy arwah datuk ramzi bayar. Alfatihah buat datuk Ramzi. pemimpin yg sukar dicari ganti di kuala krai.
2026-08-18 12:11:03
5
Letto :
Bagusss TQ Dato sbb sudi tlg org susoh utk msk Kolej tampa memilih bangsa apa yg penting sifat peri kemanusiaan yg paling penting
2026-08-18 10:33:54
12
𝘼𝙧𝙞𝙚𝙡 :
orang kadazan cakap kelantan?
2026-08-18 17:10:14
0
Mr Rey :
Datuk.. tolong2 tengok & bantu kami di sabah sarawak, tiket kapal terbang semakin mahal untuk penerbangan dr sabah/sarawak ke semenanjung.
2026-08-18 13:14:20
5
Lilly-Ella :
Apa kata explained sket pasal TH..
Takkan senyap je..
At least komen laa findings TH tu
2026-08-18 10:06:36
3
fz :
chanteek adik ni bijak pulak tu
2026-08-18 15:43:56
2
Mat71 :
Kami Rakyat Malaysia Sokong Sebulat Suara Kekal Menjadi Pengerusi Mara.Teruskan Perjuangan Dato Dr.Asraf Wajidi Dusuki.
2026-08-18 15:48:44
2
To see more videos from user @drasyrafwajdi, please go to the Tikwm
homepage.