@rashahasmiee: Kerajaan MADANI menegaskan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) sebanyak RM163.4 juta dalam syarikat akuakultur eFishery dibuat mengikut proses tadbir urus ketat dan penilaian profesional berasaskan laporan kewangan teraudit. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kes kerugian akibat penipuan kewangan syarikat berkenaan disiasat sepenuhnya bersama SPRM, manakala usaha pemulihan aset diteruskan. Kerajaan turut memberi jaminan pencen penjawat awam kekal terjamin berikutan kedudukan kewangan KWAP secara keseluruhan kekal kukuh. #AnwarIbrahim #KWAP #MADANIBekerja