@malaysia_kini: Aktivis mahasiswa Adam Raiyan Abd Rahim disiasat polis di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan ugutan selepas pertemuannya dengan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir. Adam, yang juga Setiausaha Liga Mahasiswa Malaysia, mempersoalkan siasatan itu kerana menurutnya pertemuan tersebut hanya berkisar tuntutan memansuhkan AUKU serta mempercepatkan sesi dialog bersama gerakan mahasiswa. Sebelum ini seorang lagi aktivis mahasiswa, Brendon Gan, turut disiasat di bawah peruntukan sama susulan hantaran media sosial selepas bertemu Zambry pada Jun lalu. Sumber video: https://youtu.be/wRTVtUZ4otg #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #aktivis #mahasiswa #AdamRaiyan #disiasatpolis #dakwaan #ugutan #pertemuan #ZambryAbdulKadir #LigaMahasiswaMalaysia #siasatan #berkisar #mansuh #AUKU #dialog #gerakanmahasiswa #mediasosial