@dailymakan: Perkongsian daripada Bomba Kuantan mencuri perhatian apabila anggota bomba menunjukkan cara menggunakan kain atau tuala basah untuk membantu memadam kebakaran kecil. Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah gaya demonstrasi mereka yang cukup bersahaja sampai ruangan komen pun penuh dengan gurauan netizen. 🤣 Di sebalik aksi mencuit hati itu, mesej yang disampaikan tetap penting — jangan panik apabila berdepan kebakaran dan ketahui langkah yang betul untuk mengawal api kecil sebelum keadaan menjadi lebih serius. Santai cara penyampaian, tapi ilmu yang dikongsikan memang berguna. Siapa tengok sampai habis? 😂 Sumber: Bomba Kuantan (TikTok) P/S: Video ini bukan hak milik Daily Makan. Kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami turunkan video tersebut, sila hantar mesej kepada kami dengan segera. Terima kasih!