🌙tsukishima🏝 :
Tak semudah itu nak "sembuh kembali kepada diri sebelum ini". Penyakit ni bukannya ada "tempoh masa" nak sembuh. Ada orang ambil masa setahun, ada 10 tahun dan ada yang ambil masa 20 tahun. Tahukah kepada pemilik statement di atas, "Tak bersyukur pada nikmat hidup yang Allah berikan?", jangan sesekali utarakan ayat itu kepada sesiapa sahaja yang alami penyakit ini. Tahu kenapa? Ayat awak itu ayat "pembunuh" mereka. "Orang kata aku ni tak bersyukur walaupun Allah bagi nikmat hidup. Jadi buat apa aku hidupkan?". Hati-hati ayat awak itu membunuh. Semua orang mempunyai tahap ketahanan berbeza. Tengok sahaja di hospital. Apabila sepuluh pesakit semuanya alami sakit perut, berlaku pada waktu yang sama, adakah mereka semua sembuh pada masa yang sama? Tidak, bukan? Awak kalau tahu penyakit ni, membuatkan awak sedikit pun tak nampak langsung 'sinar kehidupan atau sinar harapan'. Jadi, untuk mereka dapat 'secebis sinaran' tu pun, hanya Allah yang tahu lamanya. Jadi, janganlah utarakan ayat sebegitu. Saya faham, betapa susahnya orang di sekeliling golongan ini cuba bantu mereka ini 'keluar'. Tapi, mereka ini kadang2 tiada daya langsung. Mereka tak usaha? Tak. Mereka berusaha tiap2 saat, sebab itu awak nampak mereka ini masih bernafas, kalau mereka tak ada usaha langsung, mungkin mereka dah pergi tinggalkan dunia ini. Saya tak nafikan orang kepenatan orang sekeliling, tapi awak juga diuji dari sudut tersebut, mereka yang alami penyakit ini juga diuji dengan sudut berbeza. Awak dan mereka yang diuji penyakit ini, dua-duanya mengalami ujian berbeza pada waktu yang sama. Maaf kerana susahkan anda, tapi ketahuilah bagi mereka yang alami penyakit ini, mereka berterima kasih dan sangat memohon maaf kerana menyusahkan awak. Tapi, kadang-kadang, hati, minda dan badan mereka tak berikan kerjasama langsung. Sehingga mereka terus jatuh, jatuh ke dalam jurang kegelapan. Kami pun tak nak, kami pun nak keluar, tapi tak semudah susun huruf A, B, C...
2026-08-19 06:18:26