@pbs.kampung.sanglang: PASUKAN BOMBA SUKARELA KAMPUNG SANGLANG AYER HITAM | 18 OGOS 2026 — Sebuah gudang simpanan jerami gulung di Kampung Tempayan Pecah, Ayer Hitam terbakar dalam kejadian malam tadi. Dianggarkan kira-kira 1,500 gulung jerami yang digunakan sebagai makanan lembu ternakan musnah dalam kebakaran tersebut. Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Sanglang menerima aduan pada jam 11.03 malam dan seramai 12 anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tindakan pemadaman serta membantu mengawal keadaan. #pbskampungsanglang #pbskgsanglang #bombasukarela #unitmediapbskgsanglang