@tvalhijrah: NUR 26: Hijrah Malam Cinta Rasul bakal menyajikan hiburan seni berbentuk Islamik yang mengisi rohani dengan kecintaan terhadap Baginda Rasulullah SAW. Kumpulan nasyid tersohor seperti Inteam, Hijjaz, dan Nowseeheart adalah antara barisan artis yang akan menyerikan malam 25 Ogos ini di Istana Budaya. Kemuncak NUR 26: Hijrah Malam Cinta Rasul turut disiarkan secara langsung di TV AlHijrah bermula jam 9 malam. Pelbagai aktiviti akan diadakan bermula seawal jam 2 petang sehingga 11 malam, dan acara ini terbuka kepada semua untuk hadir ke Istana Budaya bagi memeriahkan NUR 26! #TVAlHijrah #SatukanUmmahDenganIlmu #NUR26 #IstanaBudaya