@roslimansorahmadrazali: Betul Ke? Makan Tengah Hari Di Hotel Setiap Hari, RM18.90 Je! Express Buffet Lunch: harga mesra poket, cita rasa istimewa hanya di MH Hotel Ipoh! IPOH: Siapa kata menikmati makan tengah hari di hotel setiap hari perlu berbelanja besar? Dengan hanya RM18.90 seorang, pengunjung kini boleh menikmati pelbagai hidangan menyelerakan menerusi promosi Express Buffet Lunch di The Pinnacle, Aras 20, MH Hotel Ipoh. Lebih menarik, promosi harga istimewa ini bukan sahaja menawarkan pilihan makanan yang pelbagai, malah memberi peluang kepada pelanggan menikmati suasana makan tengah hari yang selesa, berhawa dingin dan menenangkan. Promosi yang bermula 19 Ogos ini, diadakan setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 12 tengah hari hingga 2 petang, menjadikannya pilihan sesuai buat golongan pekerja, peniaga dan mereka yang ingin menikmati hidangan tengah hari bersama keluarga atau rakan-rakan. Setiap hari, pihak hotel menyediakan kira-kira 10 jenis hidangan utama istimewa yang akan ditukar bagi memberi kelainan kepada pelanggan. Antara menu yang pernah disediakan dan cukup membuka selera ialah kari sayuran, ayam goreng berempah, Japanese Beancurd with Teriyaki Sauce, Lyonnaise Potato, Stir Fried Squid with Capsicum, Lamb Navarin, Butter Rice dan Nasi Kukus. Selain hidangan utama, pelanggan turut boleh menikmati fresh salad bersama dressing, kerabu, ulam-ulaman serta buah-buahan tropika segar yang dipotong. Bagi melengkapkan santapan, turut disediakan minuman panas seperti kopi dan teh, selain minuman sejuk jus oren segar. Apa yang menjadikan promosi ini lebih menarik adalah suasana di The Pinnacle yang terletak di Aras 20, apabila pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan lebuh raya Ipoh serta panorama bukit batu kapur menghijau yang cukup menenangkan. Dengan kapasiti melebihi 100 pengunjung, ruang makan itu sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati waktu makan tengah hari dalam suasana lebih eksklusif, namun santai dan selesa. Bagi tempahan melebihi 10 orang, terutama untuk tujuan mesyuarat atau perbincangan, pihak pengurusan turut menawarkan penambahan masa penggunaan ruang selama dua jam. Jika memerlukan ruang lain yang lebih selesa, pihak hotel boleh mengaturkan lokasi yang bersesuaian, termasuk menyediakan hidangan pencuci mulut secara percuma. Sekiranya jumlah tempahan melebihi kapasiti di The Pinnacle, Express Buffet Lunch akan diadakan di MH Arena Putri, Tingkat Bawah. Menurut pihak pengurusan, sekiranya promosi ini mendapat sambutan menggalakkan, ia akan diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak pilihan hidangan serta menu baharu yang pastinya mampu membangkitkan selera. Bagi penulis, ini antara tawaran makan tengah hari yang cukup berbaloi untuk mereka yang mahu makan di hotel setiap hari pada harga rahmah tanpa mengorbankan keselesaan dan pilihan hidangan. Jadi, jika anda bosan dengan rutin makan tengah hari di tempat sama, apa kata ubah suasana. Nikmati hidangan lazat dalam ruang berhawa dingin sambil menikmati panorama Ipoh dari aras tinggi pada harga promosi hanya RM18.90 seorang, iaitu 50 peratus lebih rendah daripada harga asal RM37.80, tertakluk kepada terma dan syarat. Tempahan dan pertanyaan: +605-545 1000 / +6013-512 2988 / +6019-531 1188 / +6013-523 2288 / +6013-537 7788 / +6019-513 0188 / +6019-571 7588 #ipoh #buffet #lunchtime #BuffetLovers #mhhotelipoh
PERAKTASTIC - ROSLI MANSOR
Region: MY
Wednesday 19 August 2026 13:30:20 GMT
Music
Download
Comments
combi :
Going to ipoh on 31/8 how to book a hotel room
2026-08-20 04:38:08
0
_azmil_zainal_ :
Letttts nt
2026-08-20 14:10:28
1
Abdul Malik :
mai mai
2026-08-19 14:06:35
1
Sham Rockes Shamilo :
pernah bmlm d cni ..pg p sarapan..punya laa terkejut..byk menu nya..sayang nya aku bkn kaki mkn.
mkn ckit dh kenyang...sedap masakan nya
2026-08-19 23:56:17
11
juee :
Ada lagi promosi nie
2026-08-20 14:54:22
1
Noraini Mohayuddin :
Bulih
Booking ke?
2026-08-20 07:57:24
1
peterbait :
dinner ada ke
2026-08-20 11:49:49
1
Savinder Kaur :
Kena buat reservation ke
2026-08-20 03:15:54
1
King shahrulnizam :
25/8 public holiday ada ke
2026-08-20 03:48:59
0
Eda Watie :
sy ada dm ye
2026-08-20 07:22:11
1
Kak Rose :
siapa pun blh pegi ke..takut rasa nye..kita biasa2 je..
2026-08-20 13:13:56
1
Sue Zaly :
setiap hari ke lunch tu offer😊
2026-08-20 05:36:25
1
cinta :
bolh bagi lokasi
2026-08-20 13:09:37
0
Farah🥰 :
Mcm mne book
2026-08-20 14:39:21
0
sitiarina215 :
Sabtu, ahad berape ya
2026-08-20 01:01:58
0
cyannLee :
walkin boleh kan
2026-08-20 06:52:13
0
J :
utk warga emas..ade separuh harga ker
2026-08-20 08:25:35
0
Lot 420 kg tersusun BT5 tambun :
Bila tarikh tu?. Berapa herganya seorang
2026-08-20 10:18:42
0
*CheuNGu* :
Ada no Tel untuk booking ker
2026-08-20 09:35:08
0
exhumanism :
sedap mkn kat mh ni. bila bulan puasa mmg saya akn pegi. Ada 1 chef tu masakan dia sgt letop. tk silap saya Chef Hafiz... sedap masakan nya
2026-08-20 10:14:13
0
joe :
harga ni sampai bila?
2026-08-20 00:19:48
1
Sunflower 22 :
Assalamualaikum boleh walk-in jer tau kena booking dulu..boleh BG no tel utk booking
2026-08-20 05:18:28
1
royazrul93 :
Ada sijil halal kan sini?
2026-08-20 04:45:08
2
2015 :
mcmne nak booking.
2026-08-20 13:31:03
1
surayyaazmir :
boleh dtg nt..mh hotel area mna ?
2026-08-20 03:10:05
0
To see more videos from user @roslimansorahmadrazali, please go to the Tikwm
homepage.