@khabardarisarawak: Sorotan Berita TVS | 19 Ogos 2026 | Rabu Semangat Bulan Kebangsaan terus disemarakkan menerusi penyerahan Kit 1 Rumah 1 Jalur Gemilang dalam Program KMJG 2026 x JAGO di sekitar Kuching. Rombongan yang dipimpin oleh Encik Sabri Said, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak telah mengunjungi Bangunan Sultan Iskandar, Balai Polis Simpang Tiga, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Normah Medical Centre bagi menjayakan inisiatif tersebut. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga. Bersama-sama kita jayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG)🇲🇾 #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360 #JAPENSarawak