@zalee121: Pada 14 Ogos 2026, saya menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH SAC Tuan Mohd Nasharudin bin Mohd Shariff bersama barisan pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bagi menyampaikan jemputan ke Program Amal Konvoi ‘Charity Ride’ Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ipoh Superbike Club (ISBC). Program ini dianjurkan bersempena Sambutan Hari Polis Ke-219 dan Ambang Merdeka Ke-69, sebagai salah satu usaha mendekatkan pasukan keselamatan dengan masyarakat, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan kecintaan kepada negara. Terima kasih atas kunjungan dan jemputan yang diberikan. Turut hadir: • ACP Tuan Chan Ngai Ho, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Negeri Sembilan • ACP Tuan Hussin bin Zamora, Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Negeri Sembilan • Supt Tuan Mohd Nashriq bin Sanudin, Timbalan Ketua Cawangan Khas (Pengurusan dan Koordinasi), IPK Negeri Sembilan Semoga hubungan dan jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri, pasukan keselamatan dan masyarakat terus diperkukuh demi Negeri Sembilan yang aman, selamat dan sejahtera. #RazaliAbuSamah #NegeriSembilan #CharityRide #HariPolisKe219 #AmbangMerdeka Sumber video : @polis.negeri.semb

Razali Abu Samah
Razali Abu Samah
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 19 August 2026 15:19:16 GMT
2775
189
6
5

Music

Download

Comments

amad_fzl
FZL :
2026-08-19 15:29:43
0
noorhashayati
hashayatiyahya :
Terbaik bos ku.moga sentiasa dlm lindungannya Aamiin2
2026-08-19 15:28:21
0
ayu_fiz1900
Ayu_fiz :
2026-08-19 15:31:23
0
papaadamdanecha
Ahmad Eddy :
Wah..jumpa kengkawan lama..🤭🤭rindu la tu time jd anggota dlu kan..hehhee
2026-08-19 18:29:15
0
sparkshah
sparkshah :
🤲🤲🤲
2026-08-19 23:32:37
0
takdenama273
Red273 :
@Nashriq Sanudin ternampak boss kite di ctu..padu2
2026-08-19 15:43:48
0
apizroahafiz
hafizroa7211 :
@Razali Abu Samah ride merdeka kasi on bos.
2026-08-20 00:06:02
0
To see more videos from user @zalee121, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About