@zedox678: ADAKAH HYDROGEN INHALATION SATU “SCAM”? Jangan terlalu cepat melabel molecular hydrogen sebagai SCAM hanya kerana ia belum menjadi rawatan mainstream. Dalam dunia perubatan, ilmu sentiasa berkembang. Medical practitioners juga perlu mengikuti advancement of science, membaca kajian terkini dan menilai evidence secara terbuka tetapi kritikal. Banyak rawatan yang menjadi standard hari ini juga bermula daripada kajian kecil sebelum evidence berkembang. Jangan hanya pandai mengecam SCAM jika mechanismnya pun malas nak baca dan faham. Molecular hydrogen bukan ubat dan bukan pengganti rawatan doktor. Ia sedang dikaji sebagai adjunct therapy, khususnya berkaitan oxidative stress, inflammation, cellular signalling dan redox homeostasis. Human clinical studies sudah wujud, walaupun tahap bukti berbeza mengikut penyakit dan masih memerlukan lebih banyak large-scale clinical trials. Salah satu contoh penting ialah HYBRID II Trial di Jepun, randomized double-blinded clinical trial di 15 pusat kecemasan, menggunakan kira-kira 2% hydrogen inhalation kepada pesakit koma selepas cardiac arrest sebagai tambahan kepada standard treatment. Kajian ini menunjukkan hydrogen boleh diberikan dengan selamat dalam populasi tersebut dan memberikan signal yang menggalakkan terhadap neurological outcome dan survival, khususnya dalam konteks ischemia-reperfusion injury. Tentang FDA pula, kita mesti tepat, hydrogen gas mempunyai GRAS status bagi penggunaan tertentu dalam makanan/minuman, tetapi ini tidaklah bermaksud FDA telah meluluskan hydrogen inhalation sebagai rawatan penyakit. Begitu juga sesuatu alat tidak boleh sesuka hati membuat therapeutic claim tanpa mematuhi regulasi yang berkaitan. Jadi, kita memang patut menolak penjual yang mendakwa hydrogen boleh “menyembuhkan segala penyakit” Memang kita ada Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 [Akta 290]. Akta ini mengawal iklan berkaitan rawatan, pencegahan dan penyembuhan penyakit, bukan sekadar ubat berbentuk pil atau kapsul. Yang penting ialah Seksyen 4B: secara asasnya, seseorang tidak boleh mengiklankan sesuatu artikel, alat atau remedy dengan bahasa yang membawa orang ramai mempercayai ia digunakan untuk merawat atau mencegah penyakit, melainkan iklan itu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU/MAB). Untuk medical device, ada satu lagi lapisan undang-undang iaitu Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737]. Seksyen 44 menetapkan bahawa medical device yang diiklankan mesti berdaftar, dan iklannya tidak boleh membuat misleading atau fraudulent claims, claim juga perlu konsisten dengan intended use peranti tersebut. Akan tetapi mengatakan seluruh bidang molecular hydrogen adalah scam juga tidak saintifik apabila sudah terdapat peer-reviewed research dan human clinical trials. Doktor dan pengamal kesihatan perlu terus membaca, open mind, critical mind. Science continues to evolve. Biar saya ulang sekali lagi, hydrogen adalah adjunct terapi yang telah di peer-reviewed diseluruh dunia dan kajian mengenai molecular hydrogen sedang berkembang pesat bermula dari ujian pertama pada tahun 2007.

Hydrogen by Zedox
Hydrogen by Zedox
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 19 August 2026 21:41:41 GMT
319
8
1
3

Music

Download

Comments

zedox678
Hydrogen by Zedox :
Dr. Drew Pinsky, seorang physician terkenal di Amerika, selepas berbincang bersama penyelidik molecular hydrogen Dr. Tyler LeBaron dan Alex Tarnava, mengakui bahawa molecular hydrogen merupakan antara ‘new frontiers’ yang menarik dalam bidang health, recovery dan longevity. Ini bukan bermaksud hydrogen sudah menjadi ubat standard, tetapi jelas bidang ini bukan sesuatu yang wajar ditolak sebagai ‘scam’ tanpa terlebih dahulu membaca evidence yang sedang berkembang. Medical practioners jangan malas membaca untuk menambah ilmu.
2026-08-19 22:06:40
0
To see more videos from user @zedox678, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About