@visvenathan: PELUANG NIAGA DIBUKA! PERMOHONAN TEMUDUGA KEKOSONGAN GERAI MBPP Ada impian untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan? Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuka permohonan penyewaan gerai di pasar, kompleks makanan dan tapak penjaja melalui sesi Temuduga Terbuka MBPP Bil. 3/2026. 📅 Tempoh Permohonan: 20 Ogos hingga 14 September 2026 🗣️ Tarikh Temuduga: 18 September 2026 (Jumaat) 📍 40 lokasi dibuka dengan keseluruhan 208 kekosongan gerai untuk sesi kali ini. 📝 Cara Memohon: Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui uLesen MBPP di: ulesen.mbpp.gov.my Pelbagai kekosongan turut tersedia di pasar, kompleks dan tapak penjaja, termasuk kategori makanan, minuman serta barangan am. ⚠️ PENTING! Pemohon yang gagal mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan adalah TIDAK LAYAK untuk sesi temuduga. Bagi pemohon yang mempunyai masalah untuk mendaftar secara dalam talian, boleh walk-in atau hubungi Jabatan Pelesenan MBPP di 04-263 8818 (sambungan 215 / 218 / 219). ✨ Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan gerai MBPP dan mulakan langkah baharu dalam dunia perniagaan! #MBPP #fyp #PeluangPerniagaan #GeraiMBPP #TemudugaTerbuka