@utusansarawak: KUCHING: Kualiti udara di Sarawak semakin membimbangkan apabila sembilan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini. Berdasarkan rekod IPU pada Khamis, Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 191, diikuti Lubok Antu (189), Kuching (188), Sri Aman (178), Lundu (178), Samarahan (171), Tebedu (164), Sarikei (153) dan Sibu (125). Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh memburukkan keadaan kesihatan golongan berisiko tinggi, khususnya individu yang mempunyai masalah atau komplikasi jantung dan paru-paru. Sementara itu, sembilan kawasan lain masih merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100. Kawasan berkenaan ialah Bintulu (98), Samalaju (96), Miri (90), ILP Miri (87), Mukah (86), Lawas (85), Kapit (70), Limbang (64) dan Bario (62). Tiada kawasan di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap baik (0 hingga 50), sangat tidak sihat (201 hingga 300) atau berbahaya (melebihi 300) pada jam berkenaan. Dalam keadaan kualiti udara tidak sihat, orang ramai, khususnya golongan berisiko tinggi, disaran mengehadkan aktiviti luar bagi mengurangkan risiko terhadap kesihatan. #utusansarawak #beritaterkini #trendingnewsmalaysia #jerebu #sarawak
Utusan Sarawak
Region: MY
Thursday 20 August 2026 05:32:24 GMT
Music
Download
Comments
usersleep :
smk maong dhcuti dah😝
2026-08-20 06:13:09
0
Farrel 🟢 Gida :
Kuching sikit lagi nak 200 habis lah 😟
2026-08-20 06:06:33
0
🍊🍊🍊🍊 :
serian terok 191
2026-08-20 09:43:10
0
henryjy111 :
2026-08-20 14:41:18
0
Utusan Sarawak :
Kemaskini sekolah di Sri Aman dan Lubok Antu turut ditutup
2026-08-20 08:31:46
0
🥰𝓑𝓵𝓸𝓿𝓮🤍✍🏻 :
2026-08-20 06:43:06
0
Utusan Sarawak :
IPU terkini sarawak
2026-08-20 10:55:34
0
To see more videos from user @utusansarawak, please go to the Tikwm
homepage.