@mediaselangor: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa hampir dua jam menyaksikan perlawanan muay thai sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di KSL Esplanade Mall, hari ini. Beliau yang diiringi EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi menyaksikan aksi antara wakil Selangor, Putra Abdullah Mahmoud dan atlet Terengganu, Jashan Al Balamurugeshwaran dalam kategori 60 kilogram (kg). #MediaSelangor #KlikSemasa