@mary.marina18:

Mary
Mary
Open In TikTok:
Region: IT
Thursday 20 August 2026 17:44:09 GMT
45826
2256
4
2144

Music

Download

Comments

irina.irina.75
Catalina Irina 75 :
🥰🥰🥰💖💖💖
2026-08-21 08:06:44
2
ianaolariu
I@n@_🫶 :
🥰
2026-08-23 11:42:37
1
To see more videos from user @mary.marina18, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

KUALA LUMPUR, 7 Okt - Pakatan Harapan (PH) Melaka kekal teguh dengan pendirian untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 tanpa menjalin sebarang kerjasama politik dengan BERSATU atau gabungan lain. Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mengesahkan bahawa ketetapan tersebut telah pun disepakati oleh PKR, DAP serta AMANAH di peringkat negeri dan bakal dimaklumkan kepada pimpinan pusat. Mengulas mengenai percanggahan pendapat dengan Setiausaha Agung AMANAH yang menyarankan pencarian rakan sekutu demi kestabilan, beliau menyifatkan pandangan tersebut sekadar pendapat peribadi pemimpin terbabit.
KUALA LUMPUR, 7 Okt - Pakatan Harapan (PH) Melaka kekal teguh dengan pendirian untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 tanpa menjalin sebarang kerjasama politik dengan BERSATU atau gabungan lain. Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mengesahkan bahawa ketetapan tersebut telah pun disepakati oleh PKR, DAP serta AMANAH di peringkat negeri dan bakal dimaklumkan kepada pimpinan pusat. Mengulas mengenai percanggahan pendapat dengan Setiausaha Agung AMANAH yang menyarankan pencarian rakan sekutu demi kestabilan, beliau menyifatkan pandangan tersebut sekadar pendapat peribadi pemimpin terbabit. "Tiada kerjasama, kita sudah capai kata putus di mana tiga parti (PKR, DAP, AMANAH) setuju bertanding solo," tegasnya bagi mempertahankan formula yang disifatkan terbaik buat Melaka itu. Menyentuh mengenai persiapan pembahagian kerusi, DAP memutuskan untuk mempertaruhkan gabungan calon muka baharu dan penyandang di lapan kerusi, manakala penentuan baki 20 kerusi diserahkan sepenuhnya kepada PKR dan AMANAH. Khoo pada masa sama menegaskan beliau tidak akan bertanding di kerusi negeri selaras dengan prinsip parti yang hanya membenarkan setiap pemimpin mewakili satu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja. Menyedari cabaran sengit yang menanti, beliau mengakui secara peribadi kesukaran untuk memenangi jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan negeri, namun beriltizam untuk sekurang-kurangnya menjadi blok pembangkang yang kuat. Meskipun begitu, DAP tetap optimis mempunyai kelebihan menerusi ikatan sentimental dan sejarah panjang yang terbina berikutan rekod perkhidmatan mereka bersama pengundi Melaka sejak tahun 1969. #BeritaKS

About