@ayuhsepanggar: Usai selesai di Politeknik Sandakan, saya bergegas ke Kg. Nunuyan Laut, Sandakan untuk menziarahi mangsa kebakaran yang melibatkan 29 buah isi rumah. Kehadiran ini bukan sekadar untuk melihat keadaan, tetapi untuk menyampaikan rasa empati dan solidariti kepada keluarga yang sedang melalui ujian berat. Syukur, Bantuan Khas Kewangan Kerajaan MADANI melalui ICU, Jabatan Perdana Menteri disalurkan bagi membantu meringankan beban mangsa yang terjejas. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak memberi kekuatan dan sinar harapan kepada semua keluarga. Dalam susah, kita hadir bersama. MADANI, peduli dan membantu. 🇲🇾🤝 Turut hadir Datuk Walter Kenson, Presiden MPS serta pelbagai agensi. #MalaysiaMADANI #Sandakan #NunuyanLaut #Sabah #Prihatin