@akang_welter: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuching, semalam setelah didapati bersalah memiliki wang berjumlah RM15,154 secara tidak sah di dalam akaun bank miliknya. Majistret Nur Syaheeqa Nazwa Radzali menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd Hafiq Abdul Rahman, 33, yang mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang mana jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di RH Plaza, Kuching pada 6 Ogos 2024. Berdasarkan fakta kes, pemilik wang berkenaan (pengadu) telah menerima beberapa panggilan telefon daripada individu berbeza yang mendakwa pengadu mempunyai kes. Pengadu dimaklumkan bahawa sekiranya dia ingin membersihkan namanya, dia perlu membuat pembayaran ke akaun bank diberikan individu tersebut. Berikutan itu, pengadu membuat dua transaksi berbeza menerusi mesin ATM, masing-masing berjumlah RM9,097 dan RM6,057 ke dalam akaun bank atas nama tertuduh. Pengadu akhirnya menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Hasil siasatan polis membawa kepada penangkapan tertuduh susulan dia merupakan pemilik akaun bank tersebut. Siasatan lanjut polis seterusnya mendapati tertuduh secara tidak langsung terlibat dalam transaksi berjumlah RM15,154 yang dipindahkan daripada akaun pengadu ke akaun bank miliknya tanpa tujuan yang sah di sisi undang-undang. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Informasi & Viral Video
Informasi & Viral Video
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 21 August 2026 05:36:41 GMT
1104269
16503
719
1795

Music

Download

Comments

bilalgomok
bilalanakmama :
duit dlm bank sendiri pun kena tangkap ke
2026-08-21 12:27:17
625
yakuzasolo_n9
YAKU3A SOLO :
pdrm dh x berguna sgt pda tahun 2026 ni
2026-08-21 10:32:29
258
user393945527996
Nizam :
15k kena gitu yg juta2 bilion zmn madani santai je..
2026-08-21 06:41:00
587
niezam_1988
nizam :
arwah bapak tiri aku hilang 90k lebih bank xkena denda pun,ni semua undang2 sampah sarap
2026-08-21 13:45:07
207
sweet_cynta
Cynta_hati :
aik saving sendiri Pon nak d pertikai baru 15k , yg 15juta billion zaman madanon x nak lak korek tangkap
2026-08-30 19:15:12
15
nuarbhai.662
NB :
menteri² punya duit yg tak sah tak nk cek ke...😂😂
2026-08-21 12:29:52
88
kekandakingg
𝓚𝓪𝓝𝓓𝓐 _ :
betul ii tertindas sudah rakyat ni..
2026-08-21 11:37:30
14
teaoais999
TeaoaiS :
gila zaman sekarang yg susah bertambah susah.yg sakau ratus2 ribu rilex je masih bebas
2026-08-21 14:25:00
11
joejoe19191919
♥️🤍🖤DATO@2408❤️🤍🖤 :
ape deyyy..duit sendiri nk tangkap ape...org curi juta2 ..lepas je...😂😂😂😂😂😂
2026-08-21 12:59:44
22
funnychannel
FunnyChannel :
kalau bgitu jgn simpan duit di bank la ye
2026-08-22 04:55:29
9
mieghani99
Mee Abd Ghani :
duit sendri pon kena..bukan juta pon..apa hal malaysia skrg nie..
2026-09-13 04:06:21
5
mka7581
Guru hentikan guru :
org yg report tu mesti org bank/polis takpun org brkepentingan smpai polis jejak scammer tu smpai dpt. aq kena scam 10k report dlm 24jam pegawai buat muka tk kesah Pon huhu
2026-08-21 14:38:57
6
hadezshasta
Shasta_Hadez :
So balance dia ada Rm14500.00???
2026-08-21 11:42:01
15
matsperoz
zarullaaa__ :
mcm aku plk , duit dalam bank hilang , nak kire mcm mane? sape curi?😌
2026-08-26 01:04:23
5
chelafs_banggai
ChelaFS_Banggai98 :
😂 kerajaan sekarang... mana lah tahu dia menabung....lepas rasa cukup dia simpan kat bank ...tu pun pelik kah....???yang pelik nya pihak kerajaan
2026-08-21 11:49:20
12
faizulsoh7
faizulsoh :
menteri2 sakau suruk duit ratusan juta apa citer kita x tau pencarian org ada duit pon salah.
2026-08-21 12:42:55
5
allagendran
c.allagandran :
Denda rm 500 shj. Rm 10 lagi OK. Tipu duit orng sampai 15k. Denda 500. Lepas ini dia Tipu 1 juta. Denda rm 1k shj ke.
2026-08-21 09:26:50
7
wiraiswara79
wiraiswara79 :
Menteri duit berjuta juta dalam bank boleh pulak, ohh luper bank luar negara
2026-08-23 15:29:51
7
shahfri.mohd.shah
Shahfri Mohd Shahfri :
dia curi duit bank ka..
2026-08-21 14:54:54
9
aqkaudanpool
beli2 :
yg pegawai imigresen yg bayar 60k jaminan tu pulak macam mana?
2026-08-21 10:16:34
8
skuad_langgar
Mātt Añglër :
naya klau kena game
2026-08-21 09:58:45
7
e.garage8
E garage :
Ni pengayaan Tanpa munasabah
2026-08-22 03:48:40
2
haliamanis
rotikosong :
duit dlm bank boleh kesan klau duit hilang dlm bank buat xtahu je bank ni
2026-08-24 10:49:09
3
huzaifah.zeid.akh
huzaifah Zeid Akhta :
dapat rm15000 - rm500 banyakk lg baki. .
2026-08-21 14:50:35
2
3077azizul08
⛩️J/A⛩️🇲🇱 :
15k . jadi masalah 2 juta apa cerita 🤣🤣🤣
2026-08-21 23:11:18
2
To see more videos from user @akang_welter, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About