@mediaselangor: Masalah kewangan kebiasaannya bukan berpunca daripada satu pembelian yang mahal, sebaliknya pembelian kecil yang dilakukan secara berulang sehingga menghakis simpanan tanpa disedari, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Kewangan Isi Rumah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Noor Hidayah Syafiee berkata sikap menganggap sesuatu pembelian sebagai "murah sahaja" menyebabkan ramai tidak menyedari jumlah wang yang dibelanjakan semakin bertambah dari semasa ke semasa. #mediaselangor