@perkesoofficial: Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ke-69, PERKESO turut menyemarakkan semangat patriotisme dengan menghiasi ruang pejabat sebagai tanda sokongan dan kecintaan kepada negara. Tanggal 31 Ogos bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi detik bersejarah yang menandakan pembebasan tanah air daripada penjajahan serta lahirnya sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Ayuh bersama-sama kita menghargai kemerdekaan, menyemai semangat patriotisme dan terus memelihara keharmonian negara yang kita cintai. Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat yang perlu terus dihayati. Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati! #HariKebangsaan #HKHM2026 #PERKESOPrihatin #PERKESOLINDUNGSemua