@mediaselangor: A. Preteish menghadiahkan pingat emas buat skuad tuan rumah menerusi acara Silambam Thanithiramai Khutu Varisai individu lelaki pada temasya SUKMA Selangor 2026, hari ini. Dalam pertandingan yang berlangsung di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, A. Preteish mengumpul 11.400 mata yang tertinggi sekali gus menduduki tempat pertama, atlet Perak meraih pingat perak manakala atlet Wilayah Persekutuan merangkul gangsa. #SUKMA2026 #Selangor #SukanMalaysia #Silambam #MediaSelangor #rentakkitaaksikita #StadiumMBSJ #SerdangJaya