@bernamaofficial: Penganjuran Kenduri Rakyat MADANI merupakan antara program penting bersempena dengan Bulan Kebangsaan bagi membangkitkan semangat patriotisme serta memperkukuh perpaduan masyarakat peringkat akar umbi. Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama pelbagai agensi itu memberikan pengisian yang lebih bermakna kepada nilai kemerdekaan negara. #VideoBernama #BernamaNews #HKHM2026 @Fahmi Fadzil @KEMENTERIAN KOMUNIKASI