@gombakselatanofficial: KEBAKARAN KEDAI CAR WASH DAN BENGKEL CAT Pada 22 Ogos 2026, berlaku kejadian kebakaran melibatkan sebuah kedai cuci kereta (car wash) dan bengkel cat di Kampung Padang Balang. Kawasan kejadian merupakan kawasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan. Operasi pemadaman turut mendapat bantuan daripada BBP Setapak bagi membantu mengawal dan memadam kebakaran. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. #bombamalaysiaofficial #bombamalaysiaofficial🇲🇾 #bombakualalumpur #kebakaran #kampungpadangbalang