@l0new0lfl0new0lf: Rindu kepada seseorang yang telah pergi tidak pernah benar-benar hilang. Ia datang perlahan-lahan, melalui gambar lama, lagu yang pernah didengar bersama atau perkara kecil yang tiba-tiba membuat kita teringat kepadanya. Ada ketika kita nampak kuat dan mampu tersenyum seperti biasa. Namun jauh di dalam hati, ada satu ruang kosong yang hanya diisi oleh kenangan dan doa. Kita akhirnya belajar untuk menerima pemergiannya, bukan kerana kita sudah tidak rindu tetapi kerana kita tahu bahawa cinta kepada yang telah pergi kini hanya mampu disampaikan melalui doa. Semoga insan yang telah pergi mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Semoga segala urusannya dipermudahkan dan dilimpahkan rahmat Nya.
Aku mgkin terlihat biasa & happy tp hanya Allah yg tahu btp hatiku menangis merindukanmu Bapa😭
2026-08-23 05:01:45
9
Bunda Kayra :
Alfatihah buatmu nak. Bunda berusaha kuat melewati hari2 tanpamu walau terasa berat.
2026-08-23 13:26:12
5
AYANG💕 :
sya masih simpan lagi barang² dia walau dah 7 tahun suami 'pergi' meninggalkan sya dan ank²..kita bukan x redha di atas kehilangan tapi kita sebenarnya kalah dgn rindu..Alfatihah suami..rindu awak tiada penghujungnya
2026-08-24 23:39:34
2
LynAya :
baru baru saja 4 bulan kehilangan seorang adik yang amat aku sayangi.terasa pedih sangat😭😭😭
2026-08-23 12:39:26
2
ShuwoN🌘 :
Al-Fatihah babangg. Rindu yg sudah pasti tidak akan ada noktahnya
2026-08-23 14:22:23
3
entnet :
Tiada lagi dia di bilik. Katil nya tidak lagi ada dia. Kerusi yg dia selalu duduk, tiada lagi dia. Jiwa rumah, jiwa saya kosong tanpa mama yg mulia. Mama nyawa saya 😢
Al-fatihah untuk arwah ibu..semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman
2026-08-23 10:51:09
2
Lindhut :
Al Fatihah pak ,Bukk. November 2020 bapak dipanggil sang pencipta ,Agustus 2026 ibuk juga dipanggil sang pencipta 😭di umurku yg belum genap 34 tahun ini sudah merasakan kelihangan sosok ayah dan ibu😭😭😭😭
2026-08-23 22:54:35
1
ItsHawa :
Alfatihah utk papah ku… semoga tenang disana dan tunggu hawa yaa❤️