@sabahfirst.info: GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI KOTA KINABALU DAN TUARAN MULAI 26 OGOS KOTA KINABALU: Jabatan Air Sabah memaklumkan gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Tuaran bermula 26 Ogos hingga 30 Ogos 2026. Gangguan berkenaan susulan pengurangan sementara pengeluaran air terawat sebanyak 9 hingga 11 peratus, daripada 70 juta liter sehari (JLH) kepada antara 62 hingga 64 JLH, di Loji Rawatan Air Telibong I, Tuaran. Menurut notis Jabatan Air Sabah, pengurangan pengeluaran itu berpunca daripada kerja-kerja pembersihan di intake No. 2 loji berkenaan. Tempoh gangguan dijadualkan berlaku antara 12 tengah malam hingga 12 tengah malam, dengan kawasan terjejas akan mengalami gangguan bekalan air serta pemulihan secara berperingkat. Di Kota Kinabalu, antara kawasan yang terjejas termasuk seluruh kawasan Pekan Menggatal, Kampung Madsiang, Kampung Pulutan, Kampung Rampayan, Kampung Darau, Taman Permai, Taman Inanam Laut, Taman Bakti Ikhlas, Kg. Warisan, Likas, Teluk Likas, Teluk Likas dan kawasan sekitarnya. Sementara di Tuaran, kawasan terjejas merangkumi sepanjang Jalan Berungis ke Tamparuli, Kampung Telibong, Kampung Kualauan, Kampung Bahagia, Kampung Lakang, Kampung Panjut, Kampung Tambalugu, Kampung Tagas serta kawasan Agriculture Centre Tuaran dan kawasan sekitarnya. Jabatan Air Sabah menasihatkan pengguna di kawasan terjejas supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Hotline Jabatan Air Kota Kinabalu di 088-892220 atau Hotline Jabatan Air Tuaran di 088-892224. Jabatan Air Sabah turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul sepanjang pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.

sabahfirst.info
sabahfirst.info
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 24 August 2026 03:36:48 GMT
221450
6493
299
6215

Music

Download

Comments

robek.lagi.hatiku
robek lagi hatiku :
klo mau tutup kmu ttup jak lah tk payah bagi notis,sbbnya tk ada notis pun mmng tiada air pun
2026-08-24 04:45:12
129
w_cia
ЩIƧYΛ :
masalahnya duluan air mati sblm notis..
2026-08-24 04:58:52
254
bellabunny96
Belladonna Vanilla 🐼 :
tpt kami di Likas tahun lalu pacah rekod dekat 2 bln xda air..tadah air hujan, mandi air lokos jak 😂😂😂 masak? beli air mineral..bt aduan JAS bantingal btul alasan sana sini..bilang paip pacah ka apa..kami persatuan sendiri cek water pump main tangki ok jak xda rosak, tangki utama totally 0. smpai urg kg brpengalaman pigi bukit cri spot lokos..last² aduan sama YB, last² cari contractor pigi kurik saluran pertama saaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnaaaaaaaaa siring jln lorong masuk. rupanya??? sumbat penuh karat tu paip laluan utama. JAS xda pigi cek. Carwash dekat area kami 4 tangki, good bisnes lagi. apaini miskaaaaa penduduk yg sendiri cri solusi. 😂😂😂😂😂😂
2026-08-24 08:33:40
31
nonames26100
YAYAH B. MILIN 🍒 :
masalahnya kami d kinarut ne sntiasa mati air.. 🤣🤣🤣🤣
2026-08-24 04:24:03
58
penghuni.neraka53
🪫15% :
sabah maji jaya si hajiji..
2026-08-24 07:53:07
10
genx7811
mayash :
standard sabah... mati air, mati karan, mati lampu jalan, mati beli tayar, mati beli barang dapur mahal 2x ganda harga semenanjung, dan last mati kalau hujan semua tempat banjir. failed government
2026-08-24 05:47:28
45
syaz1706
SyaZ❤️ ❤️ :
notis cakap rabu...niari ari apa? cakap x srrupa bikin
2026-08-24 04:51:26
7
chandie813
Chandie :
5 hari tdk cukup tangki biru 400 gelen ni , 6 org dlm rmh
2026-08-25 06:08:23
4
ayrullz
ԅ :
anu aku nmpk raksasa minum tu bekalan air sabah
2026-08-24 10:57:18
4
lunatumatak
luna :
jngn lh weii aku xbole klo xmndi 😭 jngn sampi aku bawa air laut
2026-08-24 06:38:25
8
minggirlumiskin27
Ecall Aw :
kg likas nda termasuk la kan?
2026-08-24 05:39:06
5
payung_terjun
kuda lumping :
putatan juara bertahan 3 tahun air kena catu💪🏻 padu teruskan momentum🤣😂
2026-08-24 13:19:44
4
papa_samt
Papa Sam 🍉🇲🇾 :
Maksud "12 tengah malam hingga 12 tengah malam dari 26 Ogos hingga 30 Ogos" ialah tempoh masa yang bermula tepat pada pukul 12:00 tengah malam (00:00) pada 26 Ogos dan berakhir pada pukul 12:00 tengah malam (00:00) pada 30 Ogos. Pecahan Masa Masa Mula: 26 Ogos pada 12:00 tengah malam (permulaan hari tersebut, iaitu detik pertama 26 Ogos). Masa Tamat: 30 Ogos pada 12:00 tengah malam (permulaan hari ke-30, iaitu detik pertukaran dari 29 Ogos ke 30 Ogos). Jumlah Tempoh: 4 hari penuh (iaitu 26, 27, 28, dan 29 Ogos).
2026-08-25 05:48:43
1
zlhrlchu
z :
biasa sda d suangparai 300009000000hari gangguan air
2026-08-24 12:06:04
2
deenda76
WhiteDove22 :
Apa maksud tempoh gangguan dijadualkan berlaku antara 12 tengah malam hingga 12 tengah malam ?
2026-08-24 04:42:39
1
mustareriman
mustareriman :
masalah air dan karen selalu kena curi
2026-08-24 05:36:32
3
user4108726616630
Nan :
Musim2 kemarau ni disitu lh juga dia org mau buat kerja pembersihan,sudah lh selama ini masalah air tiada kesudahnya.Tidak habis2 menyusahkan penguna.
2026-08-24 13:49:35
3
pemburubiskut
kuukiiissss :
Bayangkan rumah yang teda tangki air macamana mau survive ni 5 hari teda air? Sabah maju jaya yahuuu
2026-08-24 08:57:06
1
cellvent.cell
Cellvent Cell :
penguna tiada gengguan bayar bil🤣
2026-08-24 07:12:33
1
mrslylyan
MissYanyan🦋 :
Balik2 ni masalah sampai abg jamil mampui
2026-08-24 06:32:07
1
rosshi.eimah
Eimahlee Rosshi :
Bisnes, restoran pon bole lingkup, klu betul 5hari tda air, Bole jadi strees bini bini d rmh, tda air, apa pon tdk bole buat tnpa air, yg ada bby kecil, org tua yg sakit, mahu ganti pmpers kasi mandi.. plsssss la, bil dtg beratus² but servis not good 👎🏻 🤦🏻‍♀️💆🏻‍♀️
2026-08-24 22:41:51
1
kudingkings
kuding_king :
KEPADA DATUK SERI, TAN SRI, DATUK-DATUK, KAMI MEMOHON AGAR DAERAH-DAERAH DI SABAH YANG MENGALAMI KEMARAU DAN MASALAH BEKALAN AIR PAIP AGAR DIBERIKAN PERUNTUKAN HUJAN YANG SECUKUPNYA BESERTA TANGKI BIRU. SEKIAN HARAP MAKLUM 📏📏📏
2026-08-24 06:19:49
2
cyintacygsam
Cyintacyg Sam :
klu tutup ada notis ok la...tp e2la biar stok air bnyk2 pn..x ckup juga tuk 5hari..jd pa tindakan jabt air..ada tangki air brgerak ka antar bekalan air ke tmpt2 yg trjejas
2026-08-24 05:27:26
3
thebestsnowmanever
~Kelvin Wong~ :
Nonsense sja, hari2 pun sama juga masalah yg dialami, tangki 6-7 biji disediakan. Tp 2 biji sja bfungsi,.
2026-08-24 05:47:22
2
To see more videos from user @sabahfirst.info, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About