@malaysiatribune: Seramai 1,500 pelajar daripada 36 sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor menyertai latihan Human Graphics sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sesi latihan di tapak itu adalah yang pertama membabitkan keseluruhan peserta yang akan membuat persembahan pada sambutan 31 Ogos ini. #malaysiatribune