@hannahyeohmp: Tahniah @MajlisSukanWilayahPersekutuan atas kejayaan mempertahankan kedudukan Wilayah Persekutuan sebagai kontinjen dengan kutipan pingat terbanyak selepas tuan rumah SUKMA! SUKMA kali ini terasa sedikit berbeza buat saya. Pada 2024, saya datang dengan tanggungjawab menjaga pembangunan sukan negara. Kali ini, saya datang untuk berdiri di belakang atlet Wilayah Persekutuan. Sempat singgah memberi sokongan kepada atlet kita dalam wushu, tenis, bola tampar dewan dan renang. Bila melihat mereka bertanding dari dekat, kita sedar pingat yang akhirnya kita nampak hanyalah penghujung cerita. Di belakangnya ada berbulan-bulan latihan, disiplin dan pengorbanan. Well done to all our athletes for putting up a good fight! #wilayahpersekutuan #sukmaselangor2026 #HannahYeoh #hanayo